Ramli MS bangunkan Laman Web Konsert Resolusi Tinggi - Utusan Malaysia

Ramli MS bangunkan Laman Web Konsert Resolusi Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Maestro muzik, Datuk Ramli MS mengambil langkah berani dengan membangunkan sebuah laman web bersama dua rakan kongsinya, Dr Ariffin Yahaya dan Har Kok Kit iaitu sinio.com bagi membuka ruang buat penyanyi di negara ini untuk tampil dalam sebuah konsert secara virtual.

Kemudahan di hujung jari, konsert berkenaan yang dipancarkan dengan relosusi kualiti tinggi dilihat sebagai medium terkini peminat di Malaysia untuk menonton konsert walau di mana mereka berada.\

Menurut Ramli, idea tersebut tercetus sejak dua tahun lalu dan ia akan dikira sebagai satu pembangunan buat selebriti tempatan pada masa hadapan.

“Progresnya tidak akan berjalan dengan pantas tapi lama kelamaan kemudahan ini akan menjadi satu cara baru bagi semua orang untuk berhibur.Saya ambil contoh, Ziana Zain. Bagi saya dia layak membuat persembahan di dalam satu konsert sekitar dua jam kerana mempunyai lagu hits yang sangat banyak. 

“Peminat setianya masih ada. Cuma mungkin ada kebarangkalian sukar untuk dapatkan penaja kerana situasi semasa (pandemik) dan sebagainya.Kalau penyanyi yang ada mempunyai beberapa lagu hits sahaja, mereka masih berpeluang mungkin satu jam persembahan. Semua ada peluang.

“Jadi, laman ini menawarkan penghibur kita untuk buat persembahan dengan diiringi pemuzik profesional dan ia boleh diakses oleh peminat di seluruh dunia dengan melayari laman web tersebut selepas membuat pembayaran (pay-per-view),”katanya.

Selain itu, kata Ramli, pelayar juga boleh menonton konsert sama pada bila-bila masa kerana persembahan itu akan tersedia di dalam laman web tersebut. 

Terdahulu, Sinio bakal membawakan konsert sulung bersama XPDC yang sepatutnya dijadualkan berlangsung 12 Mac lalu. Bagaimanapun ia terpaksa dianjak pada suatu tarikh baru atas faktor kesihatan vokalisnya, Ali.

“Sebelum ini kami sudah pun membuat beberapa percubaan dan selepas semuanya berjalan dengan baik, XPDC ialah artis pertama yang menggunakan teknologi ini.

“Semuanya sudah pun siap untuk dipancarkan (live), apa pun saya mendoakan yang terbaik buat Ali. Sebarang perubahan akan kami maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Ditanya mengenai keterbukaannya terhadap perkembangan muzik terkini, Ramli percaya teknologi berubah dan kita perlu mengikut arus demi kemajuan industri.

“Di Malaysia kita ada beratus artis yang saya percaya mereka semua idamkan konsert khas. Tapi belum diberi peluang atau diketengahkan. Penaja pula pasti mahu anjur konsert untuk artis yang mungkin pada mereka ‘yang boleh jual’ sahaja.

“Bayangkan lagu hits ada, tapi tidak dipersembahkan secara langsung. Saya ada juga bercakap mengenai teknologi baru kepada Datuk Awie, Senario dan beberapa artis lain. Setakat ini mereka ada menyatakan minat dan melihat ia sebagai suatu alternatif baru buat peminat mereka untuk menonton konsert.

“Iyalah dengan keadaan sekarang, ada yang masih belum berani keluar ke sana-sini. Rutin dan gaya hidup mulai berubah. Jadi inilah masanya untuk mereka berhibur dalam siaran kualiti tinggi. Kita ‘bawa’ konsert itu di mana saja mereka berada,:katanya.

Menurut Ramli lagi, dia opitimis bahawa projek ini adalah satu perkembangan yang sihat untuk menaiktaraf industri muzik tanah air seiring dengan arus kemodenan dan teknologi.

“Ia satu perkembangan. Jadi mahu tidak mahu kita kena ikut. Kalau tidak kita akan ketinggalan. Negara luar sudah pun perluaskan teknologi ini dan mereka sukses.Sebab lain kerana saya melihat ada promoter yang tak berani nak ketengahkan ramai artis kita untuk melabur dalam sebuah konsert. 

“Saya faham situasi itu, jadi kami cuba untuk beri mereka ruang.Macam contoh kalaulah seorang artis itu hanya ada dua lagu hits, mungkin mereka boleh bergabung dengan rakan artis lain dan sama-sama dalam satu konsert menerusi sinio.com.

“Cuma kami akan buat kepada penyanyi yang betul-betul ada lagu yang ‘boom’. Bukan suka-suka sebab peminat nak tonton persembahan yang boleh ‘sing along’. Kalau hanya nak syok sendiri saya tak akan buat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya