Jangan sampai memalukan - poklip

Jangan sampai memalukan

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM keadaan dunia hiburan dibanjiri dengan program realiti, pasti juri memikul tanggungjawab yang cukup berat.

Apatah lagi, ‘juri netizen’ juga mempunyai pendapat dan ‘input’ sendiri.

Malah kadang-kadang bila baca komen mereka di media sosial, Poklip sendiri tertanya- tanya.

Mereka ini belajar vokal, lakonan sampai PhD ke? Atau masing-masing sudah berkurun dalam dunia seni?

Masalahnya, komen- komen mereka ini kadang- kadang terlalu detail.

Kalau bab vokal itu, siap ada segala jenis not. Terkesima tau. Ada yang sampai menyalahkan juri.

Cuma Poklip ada juga menonton beberapa program realiti. Juri pun seperti tak mahu kalah.

Kadang-kadang ada komen juri yang seperti tidak seharusnya diujarkan semasa siaran langsung. Agak pedih dan sukar diterima.

Mungkin di hadapan kamera peserta tersenyum manis, namun dalam hati? Tiada siapa yang tahu.

Kalau boleh jangan sampai memalukan. Cukup memberi komen membina dan meyakinkan.

Tahu mahu mengajar tetapi jangan melampau. Man ada manusia sempurna. Kita sendiri juga tidak sempurna kan?

Kita tidak tahu betapa kata-kata itu boleh memberi impak sangat besar terhadap perjalanan kerjaya kelak.

Kalau mereka terima dengan baik tak apa, tapi kalau itu boleh menyebabkan kemurungan bagaimana?

Kita tak mahu bakat besar disiakan. Kita tidak mahu mereka mengalah hanya kerana komen yang memalukan.

Kita tidak tahu, bila mereka pulang ke rumah dan menonton semula sesi penjurian, hati mereka hancur berkecai.

Pilihlah perkataan dan komen yang baik. Susunlah ayat supaya tidak ada yang terguris hatinya. Berhati-hati ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya