Itu hanya pandangan, kalau saya kritik, ia akan jadi pedas - Datuk Fazley - Utusan Malaysia

Itu hanya pandangan, kalau saya kritik, ia akan jadi pedas – Datuk Fazley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tidak mengambil hati dengan sindiran yang diberikan oleh Iqram Dinzly terhadapnya, penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menganggap pelakon tersebut berhak mengeluarkan sebarang pendapat peribadi.

Baginya, di platform dan akaun media sosial masing-masing, sesiapa sahaja berhak mengeluarkan pandangan berkenaan sesuatu perkara namun dan dia lebih selesa untuk mengambil pendekatan menghormati ruang peribadi masing-masing.

“Apa yang dia dilakukan itu adalah hak dan kebebasannya. Saya tak ada hak untuk menghalang, dia boleh katakan apa sahaja yang dia suka dan rasa, saya hormati.

“Bagi saya, itu adalah ruang dan ‘rumahnya’ untuk dia luahkan apa sahaja pendapat. Tak perlu pun untuk saya mengambil hati atau tersinggung.

“Sebab apa yang saya lakukan sebelum ini pun adalah melahirkan pandangan. Itu bukan kritik. Kalau saya kritik, ia akan jadi lebih pedas,”katanya.

Fazley berkata demikian semasa ditemui di majlis pra-rasa dan pelancaran Menu Ramadan Festive Blessing Tony Roma’s di Nu Sentral, di sini, semalam.

Terdahulu, Fazley telah disindir oleh aktor tersebut di ruangan Instagram Stories apabila dia memuatnaik tangkap layar komen seorang netizen yang mengimbas kembali isu gelaran doktor yang hangat dibincangkan suatu ketika dahulu.

Status tersebut dipercayai ditujukan buat Fazley berdasarkan gambar dan status sebuah portal hiburan yang dikongsi oleh Iqram.

Sebelum sindiran ini terjadi, Fazley telah menyuarakan pandangan berhubung pertengkaran di set penggambaran antara Iqram dan Mona Allen yang diperakui mereka hanya gimik untuk mempromosikan drama lakonan berjudul iaitu Hati Yang Dikhianati.

Selain itu, Fazley juga bersikap profesional dalam menjawab sebarang pertanyaan mengenai perihal tersebut dan menganggap setiap orang ada cara masing-masing.

“Beginilah, pada saya, setiap artis itu ada cara masing-masing dalam menangani sebarang perkara berbangkit. Ada artis akan cakap lembut, ada yang cakap kasar. Apa pun saya faham, mungkin apa yang dilakukan itu adalah datu konten atau bahan kandungan media sosial.

“Saya pun kalau berjumpa Iqram di luar, kami masih bersahabat dan okey. Kita tiada hak menilai. Jika itu adalah acuan yang dia bawa, siapa kita mahu merubah acuan itu,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai rezeki dan tuah yang datang menerpa dirinya yang dilihat tidak putus-putus dalam bidang kulinari, Fazley juga melahirkan rasa terharu kerana dilantik sebagai duta Tony Roma’s.

“Semua yang terjadi adalah satu kebetulan, rezeki yang datang saya anggap sebagai satu kurniaan Ilahi. Rezeki yang datang pun dalam keadaan yang tak saya jangka.

“Bila berbincang dengan pengurusan. Macam sudah disusun-susun. Alhamdulillah diberi pula kepercayaan untuk bergelar duta Tony Roma’s, saya akan cuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya