Dilabel mangsa fesyen? Syafiq Abdillah tak kecil hati - Utusan Malaysia

Dilabel mangsa fesyen? Syafiq Abdillah tak kecil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Penyanyi kelahiran Brunei, Syafiq Abdillah, mengaku tidak berkecil hati walaupun sedar ada kalangan juri dan netizen yang melabel dirinya sebagai mangsa fesyen ketika membuat persembahan di program Big Stage 2022.

Ia berikutan Syafiq, seringkali dilihat menggayakan imej yang tidak sesuai dengan dirinya pada setiap minggu sehingga ada yang berpendapat penyanyi tersebut sendiri tidak kelihatan selesa apabila berada di pentas.

“Saya cuba mengambil setiap pandangan itu dari sudut yang positif. Saya rasa semua orang berhak untuk memberi pandangan. Menarik juga untuk tahu apa yang dia fikirkan tentang penampilan saya.

“Tapi saya akui mungkin sepanjang berada dalam Big Stage ini ada la yang tak berapa sesuai. Saya rasa, team wardrobe sudah lakukan yang terbaik.

“Pada awalnya, ada la sikit terasa hati dengan komen itu tapi saya fikir, ini hanya pertandingan. Tak kisah apa, saya hanya mahu lakukan yang terbaik. Tak mengapalah, saya punya fesyen pelik akan buat orang akan ingat saya juga,” katanya.

Syafiq berkata demikian semasa ditemui di program tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, baru-baru ini.

 Pada konsert minggu suku akhir Big Stage 2022 yang diadakan pada Ahad lalu, Michael Ang selaku juri pedas menegur imej Syafiq yang dilihat seperti mangsa fesyen.

Konsert tempoh hari juga telah  menyaksikan Syafiq dan penyanyi Megat Rahim tersingkir sekali gus gagal ke peringkat separuh akhir pada Ahad ini.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini memberitahu dia tidak berasa kecewa dengan penyingkiran itu malah gembira kerana berjaya bertahan sehingga minggu keenam.

Mengakui masih ramai tidak mengenali dirinya, Syafiq tetap meluahkan rasa syukur dengan sokongan daripada peminat di Brunei serta Malaysia.

“Saya tak rasa kecewa sebab memang saya pun tak sangka akan sampai ke tahap ini. Datang dari Brunei, sudah tentu saya sendiri ragu-ragu untuk sertai pertandingan ini.

“Tapi saya gembira sebab sampai ke tahap ini. Ramai yang nak berada di posisi saya sekarang. Saya pun masih baru dalam industri.

“Mungkin ramai tidak mengenali saya sebab itu undian tidak memihak kepada saya. Tapi saya tetap bersyukur ada peminat Brunei dan Malaysia support saya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya