Biarlah saya memasak, berlakon nanti dulu - Chef Naem  - Utusan Malaysia

Biarlah saya memasak, berlakon nanti dulu – Chef Naem 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Cef selebriti, Naem Ramli, 29, tidak menolak, sejak menceburi bidang penuh glamor ini, sering sahaja dirinya didatangi beberapa penggiat industri kreatif yang menawarkan peluang untuk muncul di kaca televisyen sebagai seorang pelakon.

Namun, Naem atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Ramli, mengaku belum benar-benar bersedia untuk muncul sebagai pelakon memandangkan dia lebih selesa dengan kerjayanya sebagai tukang masak kini.

“Bukan tiada yang menawarkan peluang untuk berlakon, ada. Saya pun sebelum ini pernah ditawarkan watak hero. Tapi rasanya belum mahu lagilah nak berlakon. Belum bersedia. Biarlah saya memasak sebagai cef dulu.

“Bagi saya, kalau betul-betul nak berlakon, kita kena serius ceburi bidang itu. Tak boleh nak ambil saja sebab ada orang tawarkan. Kalau nak berlakon kita kena buat persediaan rapi seperti masuk kelas lakonan walaupun sudah mahir.

“Kita tahu kemampuan diri kita. Tapi tak bermaksudlah saya tak nak cuba. Mungkin saya akan berlakon, cuma bukan sekarang,”katanya.

Naem berkata demikian semasa ditemui pada majlis prarasa bufet Ramadan Le Meridien Putrajaya yang bertemakan Destinasi Rasa di sini, baru-baru ini.

Selain itu,ditanya sama ada dia sudi menerima sebarang tawaran sekiranya watak yang diberikan ialah sebagai seorang chef, Naem masih memberikan alasan yang sama.

“Buat masa ini, fokus saya adalah dalam bidang masakan. Sebelum ini juga ada yang berikan watak sebegitu, tapi saya tolak,”katanya.

Dalam pada itu, Naem berhasrat dan memasang impian untuk mempunyai sebuah program masakan sendiri suatu hari nanti.

Ia adakah sejajar dengan gelarannya sebagai juara Hero Oven musim pertama dan seandainya masa itu tiba, Naem berkata, dia ingin mengambil kesempatan tersebut untuk memperkenalkan dengan lebih mendalam masakan asli Melayu terutama kepada generasi muda.

“Tanggungjawab cef selebriti ini bukan setakat keluar televisyen, sebaliknya perlu main peranan tersendiri.

“Bukan untuk kejar populariti, tetapi kena jadi penyambung legasi memperkenalkan masakan tradisi Melayu secara meluas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya