Ambil teguran penonton, Al-Hijrah tangguh tayangan episod Kak Long 7E - Utusan Malaysia

Ambil teguran penonton, Al-Hijrah tangguh tayangan episod Kak Long 7E

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Stesen TV Alhijrah bertindak menangguhkan tayangan episod melibatkan Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, dalam program Trending yang dijadualkan menemui penonton pada Rabu depan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Al-Hijrah, ia susulan tular beberapa hantaran pengguna laman sosial yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan stesen TV tersebut yang memanggil individu berkenaan sebagai tetamu jemputan pada program yang bersiaran setiap Rabu, jam 8.30 malam itu.

“Keputusan penangguhan ini dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus dalam kalangan masyarakat. Program Trending adalah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panel yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa saja isu di mana-mana platform khususnva di media sosial,”kata kenyataan itu.

Menerusi kenyataan sama, TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton.

“TV Alhijrah sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, ‘Kak Long 7E’ tular apabila videonya dan anak sulung, Muhammad Adam Aqish Mikhail, 8, yang dianggap biadab dan keterlaluan di sebuah kedai serbaneka mendapat kecaman netizen awal bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya