Zalif Sidek selamat bergelar suami. - Utusan Malaysia

Zalif Sidek selamat bergelar suami.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zalif Sidek, selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya, Anis Marzuki, pada 26 Februari lalu.

Menerusi entri Instagram, pelakon filem Papa I Love You itu ada memuat naik beberapa hantaran semasa resepsi perkahwinannya, semalam.

Menurut Zalif, dia menitipkan syukur ke hadrat Ilahi selain menzahirkan penghargaan buat semua pihak yang mendoakan mereka berdua.

“Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah. Saya dan isteri mengucapkan berbillion terima kasih atas kehadiran jemputan, doa.

“Serta ucapan tahniah yang diberikan oleh semua keluarga, saudara mara, sahabat handai dan semua.

“Maaf saya tidak sempat membalas pesanan semua lagi. Insya-Allah, pulang ke Kuala Lumpur nanti, saya balas semua ya,” katanya di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah selain mendoakan agar pasangan tersebut berkekalan hingga ke syurga Allah.

“Tahniah! Selamat pengantin baru anda berdua. Selamat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kesabaran dan toleransi,” komen pelakon Elly Arifin.

“Jutaan setinggi tahniah dan selamat pengantin baru buat adikku. Semoga jodoh berpanjangan dan berkekalan hingga ke Jannah. Amin,” komen pelakon Ropie.

“Alhamdulillah, tahniah abang @zalifsidek. Hm lepas ini lepak kena balik awal lah ya,” komen pelawak Danial Zain.

Sekadar informasi, resepsi perkahwinan berlangsung di CMi Hall & Event Space, Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya