Tiket Mini Showcase laris, Dolla teruja - Utusan Malaysia

Tiket Mini Showcase laris, Dolla teruja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bakal mengadakan persembahan menerusi penganjuran Dolla Mini Showcase, kumpulan yang dianggotai empat wanita, Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angel melahirkan rasa syukur bahawa tiket acara tersebut telah laris terjual dalam tempoh lima minit, semalam.

Menurut Angel, dia bersama tiga anggota Dolla lain gembira dan teruja dalam masa yang sama kerana ia menunjukkan peminat sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjaya mereka.

“Kami rasa sangat gembira kerana akhirnya diberi peluang membuat persembahan untuk para iDolla kami. Lagipun, kami adalah antara kumpulan artis ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) kerana kami muncul semasa ia dilaksanakan.

“Kami juga benar-benar terkejut dan tidak menyangka tiket kami akan laku dan habis dijual begitu cepat. Jadi kami harap para peminat kami khasnya iDolla akan menikmati malam tersebut saat melihat kami membuat persembahan secara langsung untuk pertama kali khas di depan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Syasya pula, idea untuk membuat showcase ini pula merupakan cadangan pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia yang sekaligus memberi peluang untuk mereka berasa lebih dekat dengan peminat.

“Idea syarikat rakaman kami ini memang bagus kerana kami memang tak pernah bertemu peminat setia kami yang dikenali sebagai iDolla secara langsung. Gara-gara muncul sewaktu PKP, kami hanya dapat berinteraksi di alam maya.

“Jadi showcase ini satu peluang untuk mendekati mereka dan berinteraksi secara langsung,”katanya.

Selain persembahan dalam beberapa versi lain serta mutu vokal yang dipertingkatkan, terdapat beberapa kejutan lain yang bakal dipertontonkan.

Dolla Mini Showcase ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 pada jam 8 malam di Nero Event Space, PJPAC, 1Utama.

Tiket-tiket yang dijual pada harga RM35 (tiket terhad) dan RM55 (berserta sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’) telah pun habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari 2022.

Dolla sebelum ini pernah meraih perhatian di peringkat antarabangsa apabila terpilih sebagai artis wanita berkumpulan pertama negara yang ditampilkan di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat (AS)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya