Tentang Shuib?Maaflah, tak nak menyinggung mana-mana pihak - Wan Sharmila - Utusan Malaysia

Tentang Shuib?Maaflah, tak nak menyinggung mana-mana pihak – Wan Sharmila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Pelakon yang popular dengan drama 7 Hari Mencintaiku (7HM), Wan Sharmila, 40, menepis untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai status hubungannya dengan pelawak dan usahawan terkenal tanah air, Shuib Sepahtu.

Meski sedar ramai sedang memperkatakan mengenai gosip yang bertebaran, pelakon yang mesra disapa sebagai Lala ini lebih selesa untuk mengunci mulut dan enggan memberi sebarang komen lanjut.

“Macam inilah. Kalau pasal ini, saya tak nak jawab apa-apa. Tak nak cakap apa-apa sebab takut tersalah cakap. Takut! Maksud saya, mungkin ada yang saya cakap itu, tujuannya lain.

“Tapi bimbang pula yang mendengar, yang membaca, yang mentafsir jadi lain dan akan menyinggung mana-mana pihak. Jadi, sebab itulah saya rasa lebih baik jangan cakap apa-apa. Takut salah,katanya.

Pelakon ini berkata demikian semasa ditemui pada majlis Destinasi Rasa bersama chef selebriti, Naem Ramli di Le Meridien, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, timbul khabar angin bahawa Lala adalah wanita yang kini mungkin sedang mengenali pelawak tersebut termasuk keluarganya.

Ini merujuk kepada rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin, baru-baru ini yang memaparkan dirinya menghabiskan masa bersantai dengan anak perempuan Allahyarham penyanyi tersebut, Dzahira Talita Zahra, 9.

Selain itu, ditanya lanjut mengenai citarasanya menggunapakai tudung daripada jenama Loveta yang diusahakan oleh Allahyarham Siti Sarah sebelum ini, Lala mengaku sudah lama menyokong jenama tersebut.

“Saya pakai tudung arwah itu sebab tudung dia sangat selesa. Sebelum ini pun memang saya pakai, bukan sebab dapat daripada arwah. Tapi memang saya beli juga sebelum ini sebagai tanda sokongan.

“Itu saja yang boleh saya katakan ya. Tak mahulah cakap lebih-lebih pasal tadi (Shuib).

“Tak nak panjangkan cerita. Doakan yang baik-baik untuk saya, untuk sesiapa pun, dia dan keluarga,”katanya.

Untuk info, Lala sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang penerbit drama tempatan, Fazli Bahrom pada tahun 2007.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal lama dan kedua-duanya membuat keputusan untuk bercerai pada 23 Oktober 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya