KUALA LUMPUR: Penerbit, Haji Zeel atau Fadzil Teh mengucapkan kata tahniah dan selamat hari lahir buat putera kesayangan pelakon terkenal Haris dan Neelofa iaitu Muhammad Bilal.
Pada masa yang sama, penerbit drama Lelaki Kiriman Tuhan itu sempat menitip pesan buat Haris dan Neelofa supaya bekerja keras lagi selepas ini kerana kini sudah mempunyai cahaya mata.
“Selamat menyambut kelahiran putera sulung buat Haris dan Neelofa. Buat Muhammad Bilal semoga menjadi anak yang soleh.
“Dah ada anak ini tanggungjawab besar. Jadi kena kerja kuat sikit,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut Zeel, secara peribadi, Haris baginya memiliki keperibadian baik dan rajin bekerja.
“Haris ini seorang yang baik, sopan santun dan berbudi bahasa. Kuat amalan agamanya, romantik dan kerja kuat tanpa harap duit dari kekuarga,”katanya.
Untuk rekod, Muhammad Haris Ismail dan Noor Neelofa Mohd Noor selamat berkahwin pada 27 Mac 2021.
Pasangan ini baru sahaja meraikan kehadiran Muhammad Bilal yang selamat dilahirkan kelmarin iaitu pada tanggal 29 Januari lalu.