Saya tak nak nanti datang fitnah pada agama pula - Saharul Ridzwan

Saya tak nak nanti datang fitnah pada agama pula – Saharul Ridzwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRI KEMBANGAN: Pernah menyatakan hasrat untuk berhenti berlakon. Aktor, Saharul Ridzwan, 34, bagaimanapun enggan masyarakat mahupun mana-mana pihak tersalah anggap dengan perkara itu dan mengaitkannya dengan lara dunia hiburan.

Menurut Saharul, dia tidak pernah meletakkan kesalahan pada permainan industri, sebaliknya melihat dirinya sendiri yang tidak mampu berada berterusan di dalamnya.

“Saya tak pernah letak apa-apa syarat pun. Cuma saya yang lemah. Bukan nak cakap industri itu yang tak bagus. Saya yang tak boleh nak teruskan.

“Contohnya, mungkin sekarang ramai tahu yang saya sedang belajar nak solat awal waktu. Nak belajar pergi ke masjid. Nak taalim bersama keluarga dan beri agama kepada anak isteri. Saya tak nampak perkara itu boleh dilakukan kalau saya aktif berlakon.

“Contoh, kalau saya berlakon, ‘call time’ saya letak pukul 8 pagi sampai 6 petang saja, tak bolehlah begitu. Ia akan mendatangkan fitnah pula pada agama dan saya dah tanya pada ustaz tentang hal ini,”katanya.

Saharul berkata demikian semasa ditemui pada sidang media pengumuman pakej umrah bersama barisan selebriti oleh Syabibah Travel & Tours di sini, semalam.

Pun begitu, kata Saharul, ia tidak bermakna dia mahu melupakan dunia lakonan dan tidak menolak andai ada kesesuaian, mungkin dirinya sedia mempertimbangkan.

“Beginilah, kalau betul ada rezeki dalam bidang lakonan ini, ia pasti akan datang. Mungkin ada orang yang tepat yang tahu tentang kesesuaian masa saya hadir dan berikan tawaran, kita tak tahu bukan?

Macam Aeril Zafrel

“Alhamdulillah, Allah SWT tunjuk jalan pada saya yang bukan berlakon saja menjadi punca rezeki saya. Banyak lagi jalan rezeki lain. Allah SWT hadirkan Nabil Ahmad untuk buka kedai steak house bersama dan saya juga dalam masa sama, sedang merancang nak kembangkan bisnes produk serum habatus sauda.

“Tak sangka juga ramai yang nak beli. Tentang berlakon, kalau ada rezeki lebih dalam berniaga. Mana tahu saya akan terbitkan dan berlakon dalam naskah sendiri nanti? Macam Aeril Zafrel dan Wawa Zainal,”katanya.

Tidak menolak bahawa tumpuannya kini adalah pada bidang perniagaan terlebih dahulu, Saharul, mahu mengukuhkan kedudukannya dalam bidang ini demi mengotakan impiannya.

“Sebelum ini, macam-macam bisnes saya buat. Tapi untuk tahun 2022 ini, saya berazam dan berdoa agar Allah SWT kurniakan sesuatu yang saya boleh buat sendiri. Dah lama saya fikirkan, iayalah, kalau tak berlakon nak buat apa?

“Kalau dulu, saya tak nafikan, duit berlakon memang banyak, tapi asyik tak cukup dan hilang saja.Sekarang, walaupun mungkin tak banyak macam dulu, tapi terasa cukup saja. Alhamdulillah,”katanya.

Dalam pada itu, selain Saharul, antara selebriti yang menjadi jemputan istimewa dan ditaja menerusi pakej umrah Syabibah Travel & Tours ialah zulin Aziz dan suami, Bell Ngasri dan Faizal Ismail.

Bagi yang berminat untuk menyertai program umrah ini boleh mengunjungi pejabat agensi di No. 12-1, Jalan Wira 1, Pusat Perniagaan Wira, 71800 Nilai, Negeri Sembilan atau hubungi talian 018-289 7953.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya