Saya percaya produksi beri arahan munasabah - Aina Abdul - Utusan Malaysia

Saya percaya produksi beri arahan munasabah – Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ini pula pendapat penyanyi bersuara emas, Aina Abdul yang menyifatkan kedudukan juri tetap bagi setiap program realiti perlu ada sebagai penanda aras dalam membandingkan pendapat umum dan juri.
Dia yang pernah menyandang seba­gai juri dalam beberapa rancangan ber­­pandangan setiap juri bukan sahaja meng­kritik, namun sebaiknya juga dapat berkongsi pengetahuan kepada peserta.
“Bagi Aina, sebenarnya para juri melakukan tanggungjawab yang baik malah komen-komen yang diberi sebenarnya adalah memberangsangkan. Oleh itu, juri perlu ada dalam semua program realiti kerana ia adalah garis penanda pendapat publik dan pendapat juri.
“Ia juga kerana juri ini dipilih bukan sekadar ‘suka-suka’. Juri tetap ini mempunyai ilmu yang lebih sedikit daripada umum. Ini sebabnya mengapa kita masih memerlukan maklum balas membina daripada pihak juri. Seorang juri itu sebaiknya mempunyai pengalaman dengan mengetahui apa yang patut disampaikan.
“Yang penting ada pengalaman dalam industri ini agar dapat berkongsi pengetahuan kepada peserta. Bukan sahaja kita mengkritik malah berkongsi pengetahuan apa yang perlu mereka lakukan. Aina suka mendengar juri yang mengajar,” katanya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Semalam ini tidak menafikan kadangkala para juri tidak dapat mengelak daripada arahan yang sudah ditetapkan produksi dengan adanya format tersendiri dalam sesebuah program realiti.
Namun, dia percaya pihak produksi pasti punyai sebab yang munasabah dalam memberi arahan kepada juri-juri.
“Populariti sahaja tidak cukup bagi Aina, kadangkala kita lihat program di luar negara ada juga juri mereka yang mungkin tidak kenal tetapi komen yang diberikan sangat membina. Jadi, populariti bukan satu aras untuk menjadi seorang juri.
“Selain itu, perkara ini juga subjektif, kadang kala kita tidak dapat mengelak dengan arahan daripada produksi terutama sesetengah program memang itu adalah format mereka.
“Tetapi saya percaya arahan produksi ini bukanlah sewenang-wenangnya, mereka pun beri arahan munasabah. Khususnya juri perlukan arahan sedemikian, itu mengapa arahan tersebut diberi,” jelasnya. – PANCAINDERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya