PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli, tampil menjawab semula komen seorang warganet berhubung single keduanya yang berjudul Undur Diri.
Menurut pemilik akaun @m_nasri itu, dia mendakwa usahawan itu mampu membayar kepada produksi atau komposer muzik bagi menghasilkan sebuah lagu.
“Dekat Instastory saya ada membaca luahan awak bro.…bukan ramai ada bakat tak guna bakat dia.
“Tetapi kerana tiada peluang, awak ada duit memang lah orang itu nak sangat mengajar.
“Buat lagu pun bayar orang, perlu faham situasi,” komen pengguna itu.
Tidak melatah, penyanyi lagu Hujan itu tampil menjelaskan berhubung perkara tersebut di Instastory miliknya.
“Anda fikir penyanyi yang wujud dalam industri sekarang dari golongan berada? Ramai yang susah.
“Mereka berusaha keras. Kreatif. Tidak putus asa. Misi saya lain, bukan untuk menjadi penyanyi. Saya ada bisnes yang perlu tumpu.
“Bertanyalah kepada mereka, bagaimana mereka boleh berjaya sehingga ada syarikat tanggung kos lagu dan video muzik sehingga memakan modal RM50,000 ke atas,” coretnya.
Tambahnya lagi, rendah hati, tidak sombong serta menghargai orang lain adalah perkara penting jika di dalam industri hiburan ini.
“Inilah yang saya maksudkan, punya bakat semata tidak mencukupi. Perlu rendah hati apabila bekerjasama dengan orang.
“Perlu tahu ilmu berkawan dalam industri. Jangan sombong. Jangan banyak complaint, walaupun kita tidak suka. Banyakkan menghargai orang lain,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Iqbal tampil dengan dengan teaser single kedua berjudul Undur Diri, kelmarin.
Lagu terbabit dicipta oleh komposer dari Indonesia Tuan Jeffrey Stefanus yang pernah menghasilkan lagu
Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti (Anneth Dellicia
Nasution).