Positif Covid kali kedua, agaknya ‘dia’ pun peminat Janji Manismu - Datuk Aishah - Utusan Malaysia

Positif Covid kali kedua, agaknya ‘dia’ pun peminat Janji Manismu – Datuk Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Diduga sekali lagi dengan jangkitan wabak Covid-19, penyanyi bertaraf legenda tanah air, Datuk Aishah Ariffin, 57, melahirkan rasa hampa namun reda dengan situasi tersebut yang tentunya bukan sesuatu yang diingini.

Menurut Aishah, dia menganggap semua ini sebagai satu ketentuan takdir meski mengaku sudah lama memasang hajat untuk menyambut hari raya dalam keadaan sihat sejahtera pada tahun ini.

“Ish..Covid ini nak ikut saya balik. Covid ini peminat Janji Manismu jugakah? Asyik nak ikut saya balik saja. Okey, tak apa. Tuhan nak bagi saya rehat lagi.

“Doakan saya ya. Bukan sahaja saya, tapi juga kepada semua yang sedang mengharungi Covid ini. Kita teringin nak raya, dah kena balik Covid.

“Tak apalah, saya rehat diam-diam, untuk beberapa hari. Jadi, sekarang ini, Armand sudah dua kali jadi kontek rapat saya. Aduhai…,”katanya dalam satu hantaran di Instagram malam tadi.

Selain itu, menerusi satu hantaran sebelum itu, Aishah berkongsi mengenai perbezaan yang dirasainya semasa sedang menjalani sesi penggambaran muzik video single terbarunya berjudul Ketentuan Takdir.

Kata penyanyi ini, pada mulanya, dia menganggap simptom kurang sihat yang dialami adalah akibat kesan suntikan dos penggalak jenis Pfizer yang diterima beberapa hari sebelum itu.

“Ini betul-betul suatu ketentuan takdir (seperti lagu itu). Tempoh hari, selepas ambil dos penggalak, doktor ada nasihatkan saya buat ujian kendiri selepas saya beritahu badan tak sihat.

“Hari pertama okey. Tetapi saya rasa tak sedap hati dan kemudiannya buat juga ujian kendiri itu. Kali pertama dan kedua, masing-masing menunjukkan tanda positif. Patutlah rasa sakit itu, masa hari pertama itu, rasa betul-betul tak larat.

“Simptomnya seperti apa yang saya pernah baca sebelum ini. Masa mula-mula kena dulu, tak ada batuk dan selesema.Cuma demam. Tapi kali ini memang teruk,”katanya.

Tambah Aishah, dia juga telah meminta semua pihak terutamanya kru-kru yang bertugas di belakang tabir pembikinan muzik videonya itu untuk segera membuat pemeriksaan dan ujian kendiri.

“Mungkin terkena di awalnya daripada baju yang dibawa oleh seorang petugas yang membawa baju itu. Sebab dia positif Covid sebelum itu. Tapi kami semua dah patuhi amalan kebersihan dengan sebaiknya di lokasi.

“ Here we go again… doakan saya ya. Tolong buat pemeriksaan dan jaga diri semua ya,”katanya.

Aishah pada 30 Ogos tahun lalu pernah dikejarkan ke Hospital Ampang selepas disahkan positif Covid-19 dengan simptom demam panas dan semput.

Ketika menjalani rawatan, penyanyi ini juga mendedahkan kesihatannya mengalami kemerosotan termasuk kadar oksigennya yang menurun.

Dua belas hari kemudian, Aishah telah dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya