Pernah menangis, Nana Mahazan mahu bantu kaum wanita

Pernah menangis, Nana Mahazan mahu bantu kaum wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Berkecimpung dalam bidang perniagaan, pengacara dan penyanyi, Nana Mahazan, 39, optimis dan yakin mampu mengangkat rangkaian produk kecantikan kulitnya, Nana Mahazan Beauty (NMB) dengan dalam masa yang sama, mahu memperkasakan kaum wanita.

Menurut Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan, sejak bergelar usahawan lima tahun lalu, dia juga tidak menyangka, langkah kecilnya bermula dengan menjual alat solekan kini semakin berkembang dan berupaya membantu ramai wanita untuk menjana pendapatan lumayan di era pandemik Covid-19 ini.

“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk. Sebab itulah saya hasilkan produk rawatan kulit ini.

“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda. Suami saya sendiri menjadi saksi paling dekat melihat keadaan yang bagi saya,paling dahsyat itu.

“Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.

“Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” katanya.

Kongsi Nana lagi, lebih kurang setahun juga dirinya cuba bangkit keluar daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit tanpa kenal erti putus asa.

Terlintas idea

Malah kata Nana, selepas ramai melihat perubahan wajahnya dan mula bertanya bagaimana, dari situ maka terlintas idea untuk memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri.

“Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.Situasi itu (harga produk mahal) menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan.

“Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai ‘superfood’ dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.

“Ia juga bagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’,” katanya.

Usaha Nana menghasilkan produk berkualiti taraf antarabangsa dengan harga mampu milik memberi justifikasi cukup membahagiakannya.

“Ini antara sekecil kecil usaha saya menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan paksi mahu menolong rakyat Malaysia merasai ramuan bahan berkualiti dan menyamai taraf antarabangsa dengan harga mampu milik.

“Saya mahu semua rakyat Malaysia tahu produk ini sangat bagus dan terbukti sudah menolong ramai orang. Sudah ribuan testimoni yang berjaya mendapatkan kembali kulit sihat,”katanya.

Dalam pada itu,Nana juga mengaku perjuangan sebagai usahawan semestinya tidak akan pernah terhenti.

“Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan.

“Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat.

“Kalau mereka tak pandai menjaga diri sendiri, bagaimana nak menyelia atau memimpin orang lain. Kesedaran perlu ada dalam diri. Insya-Allah lagi dua tahun dan jangka masa panjang, saya mahu NMB tembus pasaran Asia Tenggara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya