Kerana ‘mulut’ Mia Sara, Puteri Balqis bidas tuduhan tidak dididik hidup Islamik - Utusan Malaysia

Kerana ‘mulut’ Mia Sara, Puteri Balqis bidas tuduhan tidak dididik hidup Islamik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Gara-gara meluahkan pendapat secara rambang, Mia Sara, 17, diselar oleh Puteri Balqis, 15, yang jelas bengang dengan tindakan pelakon remaja tersebut yang seakan menuduh dirinya tiada didikan gaya hidup Islamik sejak kecil.

Perkara tersebut bagi Puteri Balqis adalah amat mengecewakan dan disifatkan sebagai berniat untuk memburuk-burukkan dirinya termasuk ibu, Norashikin Mohd. Aziz.

“Saya baru tahu tentang ini (Mia Sara). Mengapa selebriti ‘budak-budak’ ini menulis buruk tentang saya dan kehidupan saya dalam TikTok serta meninggalkan komen secara umum? How angelic of you (baiknya diri anda).

“Saya disumpah seranah oleh beribu orang selepas dia meninggalkan komen tentang diri saya.

“Sejujurnya, apa yang ditulisnya sangat melukakan hati saya,” tulis Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu.

Terdahulu, Mia dilihat telah menulis di Twitter menerusi satu kenyataan di ruangan ciapan sambil berbalas dengan beberapa pengguna lain.

“Dia (Puteri Balqis) tidak dididik dengan gaya hidup Islamik sejak kecil, nak tegur silakan tapi usah letakkan kesalahan di bahunya,”ciapnya.

Menerusi kenyataan itu, Balqis bangkit dengan menulis satu kenyataan di Instagram bagi menjelaskan keadaan selain mempertahankan ibunya.

“Saya dibesarkan untuk tidak bercakap perkara buruk tentang orang lain sekalipun hati saya disakiti. Saya dibesarkan untuk tidak memuat naik (foto) rupa yang hanya cantik tanpa memberi ilmu pengetahuan kepada penyokong dan kawan-kawan,” ujarnya.

Balqis turut menyelar dengan nada sarkastik bahawa bertudung tidak memberi tiket untuk seseorang seperti Mia bercakap perkara buruk tentang orang lain.

“Saya tidak pernah dibesarkan menggunakan tudung sebagai alasan untuk bercakap perkara yang bukan-bukan di belakang media sosial dan demi publisiti. Saya adalah siapa diri saya

“Pakai tudung tidak memberikan anda akses percuma untuk bercakap buruk tentang orang lain. Agama tak memberikan anda akses percuma untuk mendera orang lain. ‘Hebatnya’ cara anda menunjukkan peribadi di depan jutaan pengikut media sosial,” tegurnya.

Bahkan, kata Balqis, sebelum Mia berniat ingin bercakap perkara buruk tentang dirinya, Balqis memohon agar pelakon itu membetulkan nahu atau tatabahasa Inggerisnya.

“Dengan penuh rasa hormat, tolong betulkan tatabahasa (grammar) anda sebelum mengata tentang saya.

“Ibu saya merupakan pakar sebenar-benarnya dalam mendidik saya dengan penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Kami tak guna bahasa ‘rempit’ TikTok yang anda gunakan dalam platform media sosial berkenaan dan juga Twitter,” katanya.

Sebelum mengakhiri teguran terbuka, Balqis memberi pesanan berbunyi: “Melalui lafaz lidah yang dizahirkan, manusia berbahagia. Melalui lafaz perbuatan yang dizahirkan, manusia menderita.”

Terdahulu, Mia menerusi TikTok menyentuh tentang kehidupan Balqis. Menerusi beberapa bacaan ruangan komen TikTok yang ditinggalkan, Mia atau nama sebenarnya, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan menafikan dirinya bercakap perkara negatif tentang pelakon tersebut, sebaliknya tampil mempertahankan dirinya.

“Ada saya cakap famili dia (Balqis) teruk? Saya cuma cakap jangan hakimi dia sebab tak semua dibesarkan dengan agama. Sebaliknya, tegurlah dia elok-elok,” kata Mia.

Baru-baru ini, pelakon Akulah Balqis itu mengejutkan industri hiburan tempatan apabila berpenampilan seksi yang disifatkan khalayak tidak bersesuaian dengan usianya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya