Kaki putar belit ke? - Utusan Malaysia

Kaki putar belit ke?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Poklip pernah cuba menghubungi pelakon ini untuk sesi fotografi. Yalah, ketika nama dia sedang panas, kita sambar dulu kan. Cuma itulah, dia memberi alasan belum bersedia dari segi mental.
Tak apa, Poklip faham sahaja kalau begitulah alasannya. Takkan kita hendak paksa pula. Tak baiklah. Melihatkan keadaan dirinya yang sedang dihimpit kontroversi ketika itu, pasti jiwanya kacau sekali.
Tetapi apabila Poklip bercerita dengan seorang rakan media ini, dia terus buat muka menyampah. Eh! Kenapa pula? Poklip cerita sahaja. Yelah, kadang-kadang kita berkongsi cerita di tempat kerja kan.
Rupa-rupanya dakwa kawan Poklip, pelakon itu sebenarnya seorang kaki putar cerita. Kejap A kejap B. Prinsip tak tetap kata orang. Ada sahaja cerita dan rintihan yang kadang-kadang buat orang pelik.
Poklip perasan juga, pelakon ini dengan ahli keluarganya memang selalu cari pasal dengan ramai rakan artis. Ada sahaja cerita tidak puas hatinya. Paling penting, mereka sahajalah yang menjadi mangsa.
Semua orang jahat kepada mereka. Mereka insan teraniaya dan bermacam-macam lagi kisah diceritakan. Sampai satu tahap, kita sendiri tidak tahu kebenaran cerita itu. Entah-entah dia sendiri buat hal.
Tapi Poklip sebenarnya berhati-hati juga untuk menulis artikel berdasarkan kenyataan pelakon itu di media sosial. Dia boleh sahaja menukar atau menokok tambah kononnya kita yang salah buat kerja.
Tak baik kalau begitu. Tak manis. Awak bukan pelakon baharu. Berbakat besar pula itu. Pihak yang memberi nasihat pun, jangan terlalu meneka. Ingatlah masa depan pelakon itu masih ada sinar.
Jangan sampai orang naik muak dan mula membenci! – Kolum Poklip, Pancaindera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya