Kaka Azraff selamat bersalin anak lelaki

Kaka Azraff selamat bersalin anak lelaki

Kaka Azraff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Kaka Azraff, 33, selamat melahirkan cahaya mata lelaki kedua pada pukul 12.05 tengah malam, semalam.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh suaminya, Adam Azriff menerusi Instagram Story sekali gus disertakan gambar tag pergelangan tangan.

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan,”katanya.

Kongsi Adam, penyanyi Bukan Hal Aku dan putera keduanya berada dalam keadaan baik.

“Ibu bayi dalam keadaan baik dan bayi lelaki kami sihat dan kuat,”katanya.

Meninjau akaun Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, sempat menjalani penggambaran sesi fotografi dan melaram pada acara Mercedes-Benz Fashion Week Kuala Lumpur.

“Last kopek (kali terakhir) nak melaram. Dalam dua bulan lagi, pakai kain batik pula selama 40 hari,” kongsi Kaka.

Terdahulu, Kaka juga berkongsi ketika hamil zuriat kedua ini, dia mengalami alahan sering muntah pada trimester pertama.

Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Aslan yang kini memasuki usia dua tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya