JAKARTA: Pelakon, Irwansyah dan anaknya, Ukkasya Muhammad Syahki dijangkiti wabak Covid-19.
Lapor Liputan6, berita duka itu dikongsikan isteri Irwansyah yang juga pelakon, Zaskia Sungkar.
Dia, menerusi Instagram menulis tentang keadaan suami dan anaknya yang kini menjalani kuarantin di rumah.
“Ukkasya panas tinggi dan sakit.
“Sebelum ini Ukkasya tidak pernah demam walaupun dibawa berjalan-jalan.
“Sekali, baru-baru ini di rumah terus Covid ya nak,” tulisnya di Instagram.
Zaskia dalam pada itu mengesahkan dirinya masih sihat dan mampu menguruskan suami dan anaknya.
“Qadarullah, semangat. Alhamdulillah sampai hari ini Mami Kia (Zaskia) negatif.
“Sihat, dapat uruskan dua orang kesayangan @irwansyah_15 @ukkasyahki,” tulisnya lagi.