Inteam ketepi soal komen negatif, kerja amal di Syria

Inteam ketepi soal komen negatif, kerja amal di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kumpulan nasyid Inteam tidak menafikan akan ada seglintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kerja amal yang mereka lakukan termasuk di Syria

Jelas kumpulan itu, sebaik-baiknya perlu membantu semua orang dan yang terbaiknya orang terdekat seterusnya negara sendiri termasuk khalayak di luar sana.

“Masing-masing ada peranan, seperti kepakaran membantu gelandangan, mualaf atau pun contohnya rakyat di Rohingya. Pendek kata saling melengkapi.

“Di dalam Pertubuhan Peduli Insan, mereka pun ada menjalankan aktiviti kempen membantu mangsa banjir di Malaysia.

“Rakyat Malaysia ini terkenal dengan sikap prihatin dan kemurahan hati, kalau dengar sahaja isu semasa cepat menyalurkan bantuan. Itu kelebihan kita. Jadi ketepikan komen toksik dan teruskan kerja kita,” kata Inteam.

Inteam, Hazamin, Rahim dan Suahril mengulas perkara tersebut ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum bertolak ke Syria bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Siri ke-10, semalam.

Mengulas mengenai skeptikal segelintir masyarakat berhubung saluran bantuan, Inteam iaitu Hazamin yang berkesempatan merasai misi pada tahun lalu, berkata, orang ramai tidak perlu bimbang.

“Saya lihat ramai dalam kalangan kakitangan Peduli Insan sendiri pun adalah warga pelarian Syria juga yang terdiri daripada tukang masak dan kru-kru berkaitan.

“Jadi, bantuan yang disalurkan sebenarnya turut membantu peluang pekerjaan kepada mereka.

“Insya-Allah jangan risau, perkara ini kita akan sampaikan. Kami hanya wakilkan untuk sumbangan anda,” ujar Hazamin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya