Dapat lihat Kaabah, jantung berdegup laju, kaki longlai - Bella Astillah

Dapat lihat Kaabah, jantung berdegup laju, kaki longlai – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan menunaikan ibadah umrah adalah antara impian yang akhirnya dapat ditunaikan oleh pasangan selebriti sama cantik, sama padan, Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Berikutan itu, Bella menerusi akaun Instagram meluahkan rasa syukur kerana dia, suami dan kedua orang tuanya telah selesai menjalankan ibadah umrah semalam setelah seminggu berada di Mekah.

“Syukur Alhamdulillah. Selesai menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci semalam. Alhamdulillah, Ya Allah ya tuhanku, terima kasih kerana sudi menerima kami hamba Mu yang hina dan kotor ini sebagai tetamu di rumahMu, Makkah Al Mukarramah.

“Jemputan ke rumah Allah S.W.T bukan kerana tingginya ilmu agama atau pendidikan, atau kerana banyaknya harta kekayaan yang dimiliki.

“Kehadiran sebagai tetamuNya adalah kerana seruan Allah S.W.T terhadap hambaNya untuk melaksanakan ibadah dan kesempatan yang Allah S.W.T kurniakan ini adalah tanda untuk kita mentaati perintahNya dan untuk mendapat keampunan dari-Nya. Insya-Allah,” katanya.

Selain itu, menerusi hantaran yang sama, Bella juga berkongsi perasaannya ketika berada di Tanah Suci Mekah yang baginya merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna.

“Sejurus melihat Kaabah,jjantung berdegup laju, kaki rasa longlai, air mata tak tertahan kerana merasa diri terlalu kerdil dan tidak layak berada di rumahMu ya Allah.

“Tak sangka dapat bersama-sama dengan suami dan kedua orang tua saya untuk berada di depan Kaabah. Inilah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.

“Semoga ini bukan kali yang terakhir,”katanya.

Dalam pada itu, Bella juga mengaku, sepanjang berada di sana, dia tidak berkesempatan untuk membuat sebarang video berikutan masa yang tidak mengizinkan.

“Masa tidak mengizinkan di sini dan kami ingin menggunakan sebaik-baiknya masa yang ada sepanjang kami berada disini Insya-Allah,”katanya.

Untuk Info, Bella, Aliff dan ibu bapanya berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 9 Feberuari lalu.

Menerusi hantaran sebelum ini, Bella juga menganggap keberangkatannya ke Tanah Suci Mekah merupakan hadiah ulang tahun paling bermakna buat dirinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya