Bukan senang ya - Siti Nurhaliza

Bukan senang ya – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menggalas tanggungjawab sebagai juri untuk program Big Stage tahun ini, penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, mengaku, bukan mudah untuk menjurikan pertandingan nyanyian tersebut.

Menurut Siti Nurhaliza, keadaan itu berlaku memandangkan terdapat perubahan format permarkahan pada tahun ini.

“Di Big stage, konsep penjurian baru bila para juri diberi peluang untuk menukar markah mereka ikut tempoh persembahan peserta sehinggalah kita mengunci markah yang terakhir.

“Mereka nak penonton lihat turun naik pemarkahan yang dibuat . Saya pula biasanya lepas ambil kira komen juri-juri yang lain akan terjadilah pertukaran di saat akhir.

“Inilah keadaan bila nak kena kunci markah terakhir tu. Bukan senang ya! Ambil kira setiap sudut. Penilaian saya berbeza dengan yang lain mengikut pengalaman saya,”katanya.

Siti berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuatnaik di Instagramnya malam tadi.

Menerusi hantaran yang sama, Siti turut menyertakan video rakaman spontan melucukan yang memaparkan dia terlupa menutup mikrofon semasa berada di kerusi juri pada program tersebut Ahad lalu.

Dalam pada itu, Siti juga mendoakan semua peserta yang bertanding di Big Stage 2022 agar terus berusaha meningkatkan kualiti nyanyian dan persembahan untuk minggu seterusnya.

Big Stage 2022 menyaksikan bintang-bintang muda berentap untuk merebut gelaran juara dan mereka ialah Aisha Retno, Ijoi Zainal, Danial Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Tuah Adzmi, Tegar Septian,Sofiaa Marieylla, Yazmin Aziz dan Syafiq Abdillah.

Big Stage pada tahun ini juga menyaksikan kontroversi melekat hangat pada jenama program tersebut setelah ramai mengecam pemilihan Iqbal Zulkefli yang dianggap tidak layak memasuki pertandingan tersebut.

Dikecam ramai kerana tidak berbakat dan menyanyi sumbang, bagaimanapun perjuangan Iqbal terhenti pada minggu kedua apabila dia diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir.

Selain Siti, turut hadir menjurikan pertandingan tersebut ialah komposer dan ikon pemuzik terkenal tanah air, Ajai selain kehadiran Mas Idayu sebagai Juri Pedas dan Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya