Bukan lagu Indonesia saja yang hebat, alahai… gelilah - Hattan

Bukan lagu Indonesia saja yang hebat, alahai… gelilah – Hattan

hattan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda tanah air, Datuk Hattan, mengkritik tindakan pengurusan program realiti TV tempatan. Mereka dilihat gemar mengangkat dan menggunapakai lagu-lagu negara luar seperti Indonesia berbanding lagu penyanyi dan pemuzik kelahiran negara sendiri.

Menurut Hattan, pemerhatian itu sudah lama dibuat olehnya dan seharusnya hal ini dipandang serius bagi menyokong kelangsungan lagu-lagu tempatan.

“Kalau cakap pasal realiti tv ini kan, bukan nak cakap apalah.Tengok bakat yang ada di Indonesia, dahsyat-dahsyat. Kita? Masih macam itu lagi.

“Lepas itu, macam manalah kita ini buat realiti tv ya? Setengah lagu Indonesia, setengah lagu kita. Macam mana nak tolak lagu tempatan ini ke depan? Lagu kita pun tak kurang hebatnya. Berlambak! Boleh pilih saja lagu lama atau baru.

“Masalah sekarang, kita ini bagaikan terlalu taksub sangat dengan lagu-lagu Indonesia. Macam lagu mereka saja yang hebat. Alahai, gelilah,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Selain itu, kata Hattan, dia juga berpendapat, segelintir artis tanah air yang memasuki program-program realiti tv juga harus mempersiapkan diri dengan usaha yang lebih. Ini memandangkan masing-masing sudah ada pengalaman dan latar belakang meyakinkan dalam bidang seni.

“Tengok bagaimana Hetty Koes Endang beria-ia mengajar peserta sebuah program tv sebelum ini. Yang diajar itu merupakan artis-artis yang dah ada album. Ada yang dah masuk Anugerah Juara Lagu (AJL), masuk pentas final pun.

Sumbang mambang

“Malulah pada orang Indonesia, penyanyi kita dah ada album pun nak kena diajar begitu begini, menyanyi sumbang mambang. Apa ini?

“Itulah yang saya kerap kali sebut pasal maruah dan jati diri. Kita mempertahankan maruah itu bukannya bila saya tanya pasal maruah, ada pula yang menjawab oh… masuk pertandingan bukannya melompat atau telanjang,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai hal itu, kata Hattan, sebagai anak seni tempatan, dia berasa malu apabila penyanyi atau pemuzik negara luar menilai standard anak seni Malaysia.

“Namakanlah satu konsert artis Malaysia yang meletup di Indonesia, kecuali konsert Datuk Sheila Majid saja. Itu pun dulu. Kemudian, konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza pun tak lepas. Kenapa?

“Sebab di Indonesia, mereka sangat tegas. Bukan senang nak masuk sana dan banyak halangan disana sini. Negara kita saja yang selamanya nak terbuka sangat. Adakah artis kita dapat sebarang anugerah atau pingat kebesaran di sana? Tak ada kan?

“Sebab itulah kita kena jaga maruah kita, karya kita. Bukanlah saya menyampah dengan pengkarya di sana. Tapi kita harus angkat karya kita dahulu. Tolak lagu tempatan ke depan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya