Azzam Sham, di mana silapnya? - Utusan Malaysia

Azzam Sham, di mana silapnya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

Sejujurnya Poklip amat kagum dengan suara dan vokal yang dimiliki oleh penyanyi muda, Azzam Sham. Jarang-jarang sekali kita dengar suara penyanyi lelaki yang lunak seperti Azzam itu.
Dan masih terngiang di telinga Poklip kemerduan suara Azzam ketika menyanyikan lagu Salam Sejahtera di minggu pertama Big Stage. Saban minggu pujian melambung diberikan kepadanya. Tetapi itu kisah dua tahun lalu.
Cuma Poklip tertanya-tanya, mengapa Azzam seperti kejap ada kejap tidak ada. Di media sosial dia mempunyai pengikut namun, kenapa dia seperti statik di situ sahaja? Tidak ke atas, tidak juga ke bawah.
Dengan bakat yang dimiliki, Poklip mengharapkan agar nama suami kepada penyanyi, Sheryl Shazwani ini terus membunga di laman seni. Namun, entah di mana silapnya, dia seperti sukar menembusi tembok itu.
Kalau diikutkan, Azzam bukan setahun dua dalam industri. Dia bermula daripada pertandingan Idola Kecil sejak kecil lagi. Jadi pastinya arah tuju dan identiti sudah dibina. Malah, kelompok peminat juga sudah ada.
Poklip tidak mahu menyalahkan Azzam 100 peratus. Melihat peribadinya, dia seorang yang sangat mudah dilentur. Maka, pengurusannya mempunyai kuasa untuk menentu arah perjalanan seninya.
Cuma Azzam juga perlu berani bersuara. Memilih karya dan lagu yang mampu menyerlahkan bakat sebenar. Bina imej yang lebih segar cuma jangan terlalu mencuba. Canggung nanti.
Perjalanan Azzam masih jauh. Dan Poklip mendoakan agar satu hari nanti, Azzam berjaya menghasilkan satu konsert dan mendendangkan lagu-lagu yang mengangkat bakat serta kemampuannya. – kolum Poklip, Pancaindera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya