Azlee Khairi tiada niat sorok perkahwinan kedua - Utusan Malaysia

Azlee Khairi tiada niat sorok perkahwinan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tampil membuat pengakuan bahawa dirinya sudah setahun kembali bergelar suami orang, pelakon drama Love You Mr Arrogant, Azlee Khairi, 33, menjelaskan dia tiada niat mahu menyembunyikan perkahwinan kali keduanya itu.

Menurut Azlee, ini kerana perkahwinan keduanya dengan seorang pramugari, Nurul Hidayah atau Dhiya berlangsung ketika dunia dilanda pandemik dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) begitu ketat dilaksanakan.

“Saya dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu. Kami bernikah pada Januari tahun lepas. Tetapi kerana situasi semasa Covid-19, perancangan itu tergendala.

“Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.

“Insya-Allah, masa itu nanti saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing masing,” katanya.

Ditanya mengenai kisah perkahwinannya yang terdahulu dan kedua kelihatan penuh misteri dan rahsia, Azlee percaya semua yang terjadi sesuatu yang tak terduga.

“Saya percaya soal kahwin ini paling penting keluarga tahu sudah memadai. Selepas itu, apa juga percaturan atau kesudahannya kita ikut rentak saja. Saya ‘just go with the flow’.

“Seperti mana manusia dan lelaki lain yang mendambakan kebahagiaan, saya tidak terkecuali. Cuma ada kalanya apa yang kita harap dan impikan tidak berakhir dengan kemanisan,”katanya.

Dalam pada itu, Azlee mengaku bahawa isterintya Dhiya tidak begitu gemar terlalu terbuka berbicara perihal peribadi mereka untuk tatapan umum meski sedar dia kini bersuamikan seorang artis dan selebriti.

“Apa yang boleh saya beritahu, memang ini merupakan perkahwinan kedua buat saya dan isteri yang mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.

“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.

“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing masing. Mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk saya jelaskan hal yang sebenar pada umum agar tidak timbul salah faham,”katanya.

Untuk info, Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan seorang wanita dari Brunei sekitar tahun 2014.

Ketika itu dia memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.

Bagaimanapun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi suami orang.

Terdahulu, entri perkongsian gambar sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun dimuat naik empat hari lalu di Instagram turut mengundang pelbagai spekulasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya