Anak sembuh, Elfira Loy enggan dekati golongan perokok - Utusan Malaysia

Anak sembuh, Elfira Loy enggan dekati golongan perokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Elfira Loy melahirkan rasa lega apabila anaknya Muhamad Rayyan Khalaf sudah sembuh dari jangkitan kuman di bahagian paru-paru atau pneumonia, semalam.

Memuat naik perkongsian hantaran di Instagram, Elfira berharap sakit itu tidak berulang dan berjanji untuk memastikan putera hatinya sentiasa berada dalam persekitaran yang bersih.

“Kali pertama masa ibu pegang tangan awak macam ini, lebih kurang dua tahun yang lepas Rayyan. Ibu harap itu kali pertama dan ini yang terakhir kali.

“Ibu sesekali pun tidak mahu ambil ringan dengan kesihatan awak. Ibu janji, akan pastikan awak sentiasa berada dalam persekitaran yang terbaik selepas ini. Takkan lagi dekat dengan perokok atau pun berada di tempat khalayak.

“Ibu bapa sila ambil maklum, jangan ingat tidak mengapa lepaskan anak dekat dengan perokok atau pun yang hisap rokok elektronik mahu pun selepas mereka selesai,” ujarnya.

Luah aktres genit itu lagi, Rayyan bertuah kerana dia cepat sembuh dan menurutnya, kebanyakan kanak-kanak di hospital berkenaan memerlukan rawatan lebih kurang seminggu dan akan ada kesan berikut.

“Alhamdulillah, Rayyan dah keluar wad. Terima kasih atas doa yang baik-baik ke atas anak saya.

“Saya doakan juga untuk semua anak-anak kita akan terus sihat, terhindar dari segala penyakit dan wabak Covid-19 ini,” jelas Elfira yang sedang berbadan dua.

Menerusi pemerhatian Utusan Malaysia, pada Selasa lalu, Elfira turut memuat naik perkongsian hantaran membawa Rayyan ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami batuk dan selsema.

Ujar Elfira, dia bersyukur kerana Rayyan tidak demam dan dibenarkan untuk berehat di rumah dengan beberapa rawatan susulan untuk melegakan Rayyan.

Untuk rekod, Elfira dan suami, Faris Khairol Anwar mendirikan rumah tangga pada Januari 2019. Hasil perkongsian hidup, Elfira dan suami dikurniakan seorang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia tiga tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya