Air mata Dolla tumpah di hadapan peminat, dua tahun tunggu peluang - Utusan Malaysia

Air mata Dolla tumpah di hadapan peminat, dua tahun tunggu peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Setelah dua tahun menanti peluang, kumpulan Dolla yang berjaya mencipta populariti menerusi lagu Watch Me Glow, dilihat sebak dan menitiskan air mata usai melakukan persembahan sempena Dolla Mini Showcase, semalam.

Berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Dolla memberikan persembahan yang cukup bertenaga sekali gus membuktikan mereka bukan sebuah kumpulan yang biasa-biasa.

Berkongsi mengapa mereka menitiskan air mata, kata Tabby, sudah pasti mereka sukar membuang perasaan terharu kerana sejak bergelar penyanyi, selama ini belum pernah beraksi di hadapan peminat dan penyokong.

“Jujur kami katakan, ini adalah saat yang kami nanti-nantikan. Sejak muncul dalam industri, kami tak pernah lagi buat persembahan di depan peminat, sebab kami pun hadir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dalam negara.

“Awalnya, kami pun berjanji tak nak menangis. Mahu tahan air mata daripada jatuh. Takut jurusolek marah solekan comot. Tetapi apabila melihat sokongan peminat yang hadir pada showcase kami ini, ia sangat menyentuh hati kami,”katanya.

Tabby berkata demikian semasa ditemui selepas dia dan tiga rakannya yang lain, Sabronzo, Angle dan Syasya selesai membuat persembahan di PJPAC.

Selain itu, tambah Sabronzo, kesemua mereka sentiasa ada ‘soft spot’ terhadap peminat-peminat yang disifatkan sentiasa ada menjadi tulang belakang mereka sejak menceburi bidang ini.

Dalam masa yang sama, kata Sabronzo, mereka juga berjaya mengotakan janji kepada peminat untuk memberikan persembahan yang bermutu biarpun tidak banyak lagu yang didendangkan.

“Kalau tanya pasal latihan, kami semua sebenarnya tidak pernah berhenti berlatih menari dan menyanyi, bagi menjaga stamina. Cuma, sebulan sebelum showcase ini berlangsung, harus diakui memang latihannya lebih intensif.

“Kami berpuas hati dan diharapkan peminat juga berpuas hati dengan persembahan kami sempena penganjuran Mini Showcase ini,”katanya.

Untuk info, Dolla pada showcase tersebut telah menyajikan empat buah lagu termasuk sebuah lagu cover nyanyian asal penyanyi Korea Selatan iaitu Jessi dengan lagu berjudul Cold Blodded.

Selain Watch Me Glow, Dolla meraih sorakan yang padu daripada peminat menerusi lagu Dolla Make You Wanna, Berani dan Bad.

Showcase telah dihadiri seramai 150 penonton dan berlangsung dalam suasana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya