Zulin Aziz kini tunang Farhan - Utusan Malaysia

Zulin Aziz kini tunang Farhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz, 33, selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama pilihan hati, Farhan Norzaini, 35, malam Jumaat.

Berita itu dikongsi sendiri oleh Zulin atau nama penuhnya Farah Azleenda Abdul Aziz di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah. Kami memilih tarikh ijab kabul pada 20.02.2022. Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan.

“Ini juga berkat doa dari kalian semua selama ini. Barakallah,” coret Zulin ringkas.

Zulin yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara turur memuat naik dua keping gambar berlainan.

“Cincin intan bunga selasih,” tulis Zulin pada gambar sedang menunjukkan cincin di jari manisnya.

Difahamkan majlis tersebut dilangsungkan secara tertutup dengan dihadiri keluarga terdekat di Segambut Dalam dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari depan.

Menjengah di ruangan komen, majoriti membanjiri dengan ucapan dan doa agar kedua pasangan berkenaan kekal hingga ke jenjang pelamin.

“Tahniah, muka sama dengan tunang,” komen pelakon terkenal, Sharifah Shahirah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya