Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya - Anuar Zain - Utusan Malaysia

Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya – Anuar Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerap kali dilihat mencuba meniru atau melakukan impersonifikasi Anuar Zain, 51, Atu bagi penyanyi terkenal tersebut cuma bergelagat lucu dan menghiburkan orang ramai dengan aksi bersahajanya.

Menurut Anuar, sudah tentu dia tahu mengenai perkara tersebut setelah dimaklumkan orang sekeliling, namun tidak merasakan satu kewajaran untuk dirinya mudah melatah atau tersinggung dengan aksi Atu.

“Ya saya pernah saya nampak orang post di media sosial dan bercakap mengenai hal ini. Tentang bagaimana Atu cuba menjadi klon saya dengan aksi-aksi lucunya. Saya okey sahajalah.

“Sejujurnya bila saya pun tengok, memang Atu sangat kelakar dan semua orang pun suka dan terhibur. Bagi saya, lawak yang Atu lakukan itu sangat menarik dan menghiburkan.Saya rasa ia satu penghargaan sebab orang masih ingat kita.

“Saya tak marahlah…Itu juga bermaksud yang karier saya bukan di sini sahaja tapi ada orang memanjang-manjangkan. Saya ucapkan semoga berjaya untuk Atu dan semoga menjadi seorang pelawak yang berjaya,” katanya.

Anuar berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Makan Malam Amal Karena Aku Cinta yang diadakan di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini tular video Atu meniru gaya nyanyian Anuar di sebuah majlis yang dianjurkan oleh pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin di sebuah hotel di ibu kota.

Tidak cuma itu, Atu juga sebelum ini melakukan impersonifikasi Anuar dalam beberapa pementasan di program realiti di kaca televisyen.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Sedetik Lebih dan Lelaki Ini juga bakal menghiburkan peminat dalam satu majlis makan malam yang akan diadakan di Ipoh International Convention Centre (IICC), Ipoh, Perak pada 5 Mac depan.

Majlis anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad itu bertujuan untuk berhibur sambil beramal.

“Acara ini sebagai satu penghargaan dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang wabak melanda dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sangat-sangat teruja sebab dua tahun lebih kita tak boleh terlalu aktif. Ini adalah peluang untuk saya menghiburkan peminat yang dah lama kita tak jumpa.

“Kita akan ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan kita percaya setiap orang sudah faham mengenai perkara ini, cuma kita akan ingatkan… saya yakin dan rasa kita semua mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi untuk bersama membendung penularan wabak Covid-19 ini,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya