Nasty Rock Crew bukti mampu cipta fenomena di Tiktok - Utusan Malaysia

Nasty Rock Crew bukti mampu cipta fenomena di Tiktok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sekumpulan penari muda dengan tanda pengenalan, Nasty Rock Crew berjaya mencipta fenomena di laman sosial TikTok menerusi satu cabaran menari.

Aktiviti yang diberi nama Dance challenge itu merupakan inisiatif mereka sendiri dan berjaya memeriahkan laman TikTok Malaysia apabila meraih ratusan respon positif dan tanda suka.

Kebanyakan audien yang menonton tarian itu mengakui rasa tercabar dan turut mencuba menghafal langkah tarian yang dicipta oleh Nasty Rock Crew.

Menurut seorang daripada ahli mereka,  Muhammad Firdaus, tarian yang berlatar belakangkan lagu Keluarga Malaysia itu pada mulanya dilakukan atas dasar suka-suka.

Bagaimanapun apabila tampil dengan langkah tarian, Firdaus merasakan lagu itu mampu memberi inspirasi kepada anak muda yang lain untuk sama-sama menyemarakkan semangat nasionalisme.

“Selepas melihat sambutan baik yang diterima, saya dan ahli yang lain merasakan tarian ini patut diketengahkan. Oleh itu timbullah idea ‘dance challenge’ ini. Malah audien yang menyahut cabaran tarian ini juga berpeluang untuk menang hadiah hebat seperti iPhone dan wang tunai,” kata Firdaus.

Berkongsi mengenai latar belakang Nasty Rock Crew, Firdaus berkata, kumpulan ini telah aktif sejak Oktober 2010.

Sepanjang penglibatan mereka dalam dunia tarian, Nasty Rock Crew telah meraih banyak kejayaan antaranya Juara Pertandingan Tarian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2015.

“Bagi saya, aktiviti menari ini bukan sahaja satu hobi tapi juga menyihatkan. Kami kerap memuat naik video tarian di TikTok, dan ia menghiburkan pengikut kami,”katanya.

Selain itu, tambah Firdaus, aktiviti street dance sering dikaitkan dengan aktiviti yang tidak sihat namun dia sekerasnya menolak dakwaan itu kerana aktiviti ini lebih sihat dan bermoral berbanding melepak tanpa tujuan.

Dalam pada itu, atas respon yang hebat, cabaran tarian Keluarga Malaysia ini dilanjutkan tarikh akhir penyertaannya sehingga 7 Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya