Lizzy minta izin suami dan pengurus sebelum kongsi - Utusan Malaysia

Lizzy minta izin suami dan pengurus sebelum kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Elizabeth Tan memberitahu dia terlebih dahulu akan meminta keizinan dengan suami, ibu dan pengurusnya sebelum memuat naik sebarang kandungan di media sosial.

Jelas penyanyi yang terkenal menerusi lagu Police Entry itu, hal itu kerana mahu memastikan tiada isu-isu mengundang yang boleh mencalarkan imejnya.

“Saya akan tanyakan pada suami, pengurus dan ibu saya. Selalu tiga individu inilah saya akan dapatkan kebenaran,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai sikap terbuka suka berkongsi kandungan mengundang kecaman dan kritikan khalayak, Elizabeth yang selesa disapa Lizzy tidak ambil pusing.

“Tak tahulah, ikut merekalah nak cakap apa (tertawa). Yang rakam pun suami saya.

“Kalau suami benarkan muat naik saya tak rasa ada masalah, kalau mereka ada isu, itu isu merekalah (tersenyum),” katanya.

Sebelum ini, penyanyi Knock Knock itu rancak berkongsi kandungan di akaun Instagram miliknya dengan berpakaian menonjol selain aksi ‘manja’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya