Kekwatnya muka! - Utusan Malaysia

Kekwatnya muka!

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Poklip tak berapa nak kenal dengan pelakon seorang ini. Tetapi dia sudah lama dalam industri. Memang dikenali dan semua orang tahu, dia punya bakat lakonan yang hebat.

Tetapi kalau cakap soal populariti, dia ini bukanlah nombor satu. Kalau hendak kata suam-suam pun, tak juga. Ada sahaja cerita tentang dia. Al maklumlah, duda berhias.

Cuma ada yang menyampai cerita, pelakon ini mukanya cukup sombong sekali ketika menghadiri sebuah majlis. Ibaratnya, ketat memanjang. Macam ada sesuatu yang membuatkannya dia jelik.

Kata si polan itu, pelakon itu dari awal majlis sehingga tamat memang keras kejung mukanya. Senyum pun boleh dikira dengan jari. Memang susah hendak nampak dia berwajah manis.

Dakwa si polan, memang pelakon ini susah hendak memberi senyuman. Dari dulu lagi sebenarnya. dia memang lebih suka tampil berwajah ketat dan sombong. Orang kata, identiti.

Tetapi tak manis lah bila dilihat orang kan. Lagi-lagi bila ada yang mendakwa, dia dijeling oleh pelakon itu apabila memandang ke wajahnya. Eh, pandang sahaja, bukan maki depan muka.

Mungkin pelakon itu perlu tahu, sebagai seorang public figure semestinya setiap tindak tanduk akan diperhati. Cara bercakap, senyum tak senyum atau gerak geri juga boleh jadi satu isu.

Lagipun ramai sebenarnya yang suka mengidolakan seseorang artis itu. Kalau salah idola, habislah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya