KUALA LUMPUR: Pelakon cantik, Tasha Shilla, 35, mengumumkan berita gembira dia kini sedang hamil anak kedua.
Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon Kamar Kamariah menerusi Instagram miliknya, petang Ahad.
“Assalamualaikum WBT. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya.
“Pada hari Jumaat yang mulia ini saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik Insya-Allah.
“Jaga diri semua, jaga kesihatan dan semoga berjaya dunia akhirat,” ujarnya.
Dalam perkongsian sama, Tasha atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak turut menitipkan doa buat pasangan yang masih menantikan cahaya mata.
“Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yang masih menanti, semoga pada masa yang akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT. Semoga diperkenankan,” akhirinya.
Sebagai informasi, Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris, berkahwin pada 28 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki Raees Zander yang kini berusia lapan bulan.