Jangan bagi kandungan percuma ke Youtube - Ajai - Utusan Malaysia

Jangan bagi kandungan percuma ke Youtube – Ajai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai menasihatkan pengkarya tempatan agar tidak memuat naik kerja-kerja seni mereka secara percuma di platform digital seperti Youtube.

Kata Ajai, tindakan itu merugikan dan tidak membawa pulangan pendapatan yang sewajarnya.

“Jangan bagi kandungan percuma. Lirik video, video muzik. Kandungan percuma itu membantutkan penjualan hasil kerja seni.

“Contoh Kamu buat video klip. Kos penghasilan antara RM70,000 hingga RM80,000. Lepas itu dipertontonkan secara percuma, apa yang kamu dapat? Ada artis suka, sebab jumlah tontonan tinggi. Tetapi poket kosong.

“Bayaran yang diterima di Youtube tak semestinya banyak. Bergantung kepada tontonan iklan yang ditayangkan bersama kandungan (video) kamu. Jadi, apabila bagi kandungan percuma, apa lagi yang tinggal untuk kamu jual?” Katanya.

Ajai turut mengingatkan kepada pengkarya tempatan agar tidak terpengaruh dengan jumlah tontonan.

Katanya tontonan yang tinggi tidak semestinya membawa pulangan yang besar.

“Jangan terpengaruh dengan viewers. Tak mendatangkan duit.

“Orang akan beli kerja seni jika kamu tak bagi secara percuma. Jaga nilai eksklusif karya seni kamu. Kalau bagus, orang beli.

Tambah Ajai, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) perlu melakukan sesuatu bagi membantu pengkarya-pengkarya tempatan melindungi hasil kerja seni dan agar mereka menerima jumlah pendapatan yang sewajarnya,” katanya lagi.

“Bergabunglah dengan badan-badan bebas atau pun syarikat rakaman.adakan perbincangan dengan pihak Youtube Malaysia. Saya pasti pihak independent pasti bersetuju.

“Kenapa saya bercakap soal ini? Sebab populasi di negara kita tak ramai. Kalau tinggi tak apalah juga,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya