KUALA LUMPUR : “Jadi contoh yang baik bukan pentingkan diri,”. Demikian perkongsian penyanyi Min Yasmin ketika mengulas tawaran membuat persembahan pentas dan aktiviti seni di Filipina.
Pun begitu, bagi Min dia lebih memilih untuk duduk diam di tanah air sehingga kerajaan Filipina membenarkan bukan warganegara masuk ke sana.
“Awal tahun ini saya dapat banyak panggilan show di sana. Walaupun ada pintu lain, tetapi saya mahu jadi contoh yang baik, bukan pentingkan diri.
“Katakanlah kalau pergi, orang akan ambil gambar. Kena ambil berat dengan orang sekeliling.
“Mereka ada keluarga, malahan mungkin sudah lama tidak bertemu. Insya-Allah ada rezeki, saya pasti kembali ke sana dan bekerja seperti biasa,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Mengulas mengenai perkembangan karier, Min dan suami yang kini menetap sementara di Kota Kinabalu, Sabah, bakal melangsungkan konsert kali pertama di Malaysia.
“Saya baru saja melancarkan album terbaharu eksklusif melayu yang memuatkan 18 buah lagu, album itu berjudul “World On A String”. Menerusi lagu-lagu berkenaan muziknya lebih berentak instrumen.
“Dalam perkembangan lain, saya akan mengadakan konsert kali pertama di Malaysia pada 13 Mac depan di Sandakan disebabkan ramai permintaan di sana.
“Selain itu, setahun tinggal di sini kami berniaga dengan menjual Nasi Lemak Bro Jul dan khidmat penghantaran makanan,” kongsi Min.