Ippo Hafiz timang anak kedua - Utusan Malaysia

Ippo Hafiz timang anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Ippo Hafiz, 32, dan isteri Fara Roslan, selamat menimang cahaya mata lelaki kedua.

Menerusi perkhabaran gembira yang dikongsi oleh penyanyi lagu Kekal Bahagia di Instagram miliknya, perkongsian dimuat naik selepas seminggu kelahiran bayi comel itu.

“Segala puji bagi Allah S.W.T, hari Jumaat yang penuh barakah saya ingin berkongsi pada 20/1/2022 pukul 8:18 malam, bidadari saya Fara Roslan selamat melahirkan putera kedua kami dengan izin Allah, Maha suci Allah,” tulisnya ringkas.

Dalam perkongsian sama, Ippo berharap agar khalayak mendoakan kebaikan buat cahaya matanya membesar dengan menjadi insan yang berguna.

“Doakan anak ini menjadi soleh dah berkat buat agama di jalan Allah, Moga Allah berkati kalian semua. Tabarak-Allah.

“Menjadi saksi pengorbanan seorang ibu tidak ada ternilai, terima kasih bidadariku,” katanya.

Mengakhiri perkongsian tersebut, Ippo turut berterima kasih kepada petugas hospital yang bekerja keras menguruskan proses bersalin.

Sebagai informasi, pasangan itu selamat berkahwin pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Yusuf Zahrin Nur pada 6 Ogos 2020.

Untuk rekod, Ippo juga memiliki anak angkat bernama Cinta Rizky Amanda, 5, yang dijaga sejak dilahirkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya