Ibu Tyzo Suria FM meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Tyzo Suria FM meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dirundung kesedihan, penyampai radio Suria FM, Tyzo, akur dengan kehendak Ilahi apabila mendapat perkhabaran duka mengenai ibu tercintanya, Allahyarham Hasnah Shaari yang disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 malam semalam.

Menurut Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris, arwah ibunya yang semasa hayat dikenali sebagai Cikgu Hasnah telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya yang terletak di Ipoh, Perak.

“Saya baru dimaklumkan bahawa ibu telah menghembuskan nafas terakhir di rumah sebentar tadi (malam semalam). Apabila mendapat tahu, memang saya tak tunggu lama, terus bergegas ke kampung halaman di Ipoh.

“Ibu meninggal dunia di usianya 80 tahun. Tetapi, buat masa ini saya belum lagi mendapat maklumat lengkap mengenai kematiannya,”katanya.

Pada Oktober lalu, Tyzo menerusi sebuah portal hiburan mengaku bahawa dia sudah lama tidak dapat pulang ke kampung berikutan akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pandemik.

Begitupun, kata Tyzo lagi, dalam kesibukan waktu kerja, dia tetap berusaha dan mengambil peluang untuk pulang ke kampung walaupun hanya sempat bertemu ibunya untuk beberapa jam.

Tyzo sebelum ini pernah berkongsi video dia bersama ibunya menerusi Instagram dan TikTok membuatkan warganet tersentuh hati dan berasa sayu.

“Kalau tengok kat Instagram saya, saya bukan orang yang aktif di media sosial, video itu adalah antara momen yang boleh saya kongsikan dengan peminat yang tak kenal ibu saya.

“Sekurang-kurangnya apabila saya berkongsi video tu, mungkin akan memberikan inspirasi kepada yang lain-lain nak pulang ke kampung, maklumlah kita baru sahaja lepas PKP,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya