Fad Bocey buka klinik sendiri - Utusan Malaysia

Fad Bocey buka klinik sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Melakar satu lagi kejayaan selain memfokus dalam memberi khidmat untuk masyarakat, pelakon, pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey, membuka sebuah klinik kesihatan sendiri tidak lama lagi.

Bakal merealisasikan hasrat itu bersama isterinya, Syaheera Rahman, Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 31, memaklumkan klinik itu akan dibuka di Publika di ibu kota.

“Alhamdulillah isteri dan saya akan mempunyai klinik kami sendiri dimana ia akan diterajui oleh isteri dan saya sebagai penyokong Megaklinik Zahran. Sekarang klinik itu masih lagi dalam proses renovasi.

“Insyallah dalam bulan 5 atau 6 akan dibuka dan beroperasi. Saya merupakan selebriti kedua yang buka klinik ini selepas Fitri Haris,”katanya.

Selain itu, Fad menyifatkan perancangan itu sebagai rezeki buat anak-anak selain merupakan cetusan idea daripada isterinya sendiri.

“Keinginan serta sikap isteri yang gemar berkongsi pandangan dengan orang ramai membuatkan idea ini terhasil. Baik dari segi pelbagai isu sehingga tips untuk mendapatkan anak kembar, segalanya akan dikongsikan oleh isteri yang tercinta.

“Kami mula kenal masa ujian RTK Covid dan mereka sangat membantu. Masa itu kami kongsikan kepada orang ramai yang mereka ini boleh datang ke rumah untuk buat ujian calitan dan mereka adalah yang pertama buat secara pandu lalu.

“Isteri saya dan pemilik Megaklink Zahran pula sering berkongsi pendapat dan turut berkongsi tips. Kebetulan pula, dia memang nak ada klinik sendiri dan suka berjumpa dengan orang ramai untuk bertukar pendapat,”katanya.

Bergelar sebagai bapa kepada empat orang cahaya mata yang masih kecil, Fad menegaskan dia dan isteri sentiasa mengutamakan mereka dalam setiap aspek.

Memandangkan dia sering terlibat dengan komitmen kerja di pelbagai kawasan, Fad terlebih dahulu mengambil langkah pencegahan sebelum bertemu dengan anak-anak.

“Isteri bukan paranoid tetapi dia sangat menekankan soal keselamatan dan kesihatan. Macam saya selalu kerja diluar, dia akan melarang saya untuk terus masuk ke rumah dan kena mandi dahulu.

“Malah kalau ada kawan-kawan dia yang datang pun, dia akan meminta maaf dan menegur mereka untuk tidak memegang anak-anak kami yang masih kecil memandangkan mereka dari kawasan luar.

“Kalau balik, saya tidak akan jumpa anak-anak terus. Saya akan hubungi isteri cakap saya dah sampai dan dia akan segera bawa anak-anak pergi ke bilik lain dahulu. Jadi saya akan masuk, mandi dan baru bertemu mereka,”katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya