Cinta lokasi? Saya dan Redza hanya kawan sahajalah - Sharifah Rose - Utusan Malaysia

Cinta lokasi? Saya dan Redza hanya kawan sahajalah – Sharifah Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon yang semakin meningkat naik, Sharifah Rose, 23, menafikan bahawa dia terjebak dengan cinta lokasi dengan pelakon Redza Rosli sementelah mencipta keserasian dalam drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard terbitan TV3.

Menurut Rose, dia sedar mengenai desas-desus yang bertebaran namun cuba positif kerana sewaktu itu sedang giat mempromosikan drama tersebut yang mendapat tempat di hati masyarakat dan penonton.

“Saya ini umpama pendatang baru dalam industri. Sebagai orang baru dan sewaktu terbabit sama dalam drama tersebut, tentulah Redza banyak membantu saya terutama dari aspek memperbaiki mutu lakonan.

“Mungkin sudah ramai yang sedia maklum yang Redza juga merupakan seorang pelakon yang sangat menitikberatkan soal mutu dan ‘method’ dalam lakonan. Jadi tak ada isu pun terjebak dengan cinta lokasi.

“Tidak berlaku pun hal seumpama itu. Kami berdua profesional,”katanya.

Rose berkata demikian semasa ditemui di sidang media program terbaru terbitan TV3, Master In The House Malaysia di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Pusat Membeli Belah One Utama, Damansara, semalam.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah tiga selebriti lain yang menyertai program yang sama, Hael Husaini, Scha Elinnea dan Meyrasam.

Selain itu, kata Rose, dia berterima kasih dengan Redza kerana telah banyak membantu dan memberi semangat padanya sebagai pelakon yang masih hijau dalam industri.

“Redza yang datang bagi semangat, ajar saya dekat set penggambaran sampailah saya dapat menjiwai watak itu. Dia kata saya kena bawa karakter Aralyn dengan baik.

“Alhamdulillah, drama itu pun berjaya, walaupun pada awalnya mendapat kritikan,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kemesraan yang ditayang di media sosial, pelakon ini menyatakan ia hanya bertujuan untuk mempromosikan drama tersebut.

“Yang nampak serasi dan manis-manis dekat media sosial itu sekadar untuk mempromosikan drama. Sekarang pun masing-masing sibuk dekat set penggambaran baru. Redza berada di Perlis untuk drama terbaru dia. Jangan risau tak ada cinta lokasi.”katanya.

Terdahulu, tular video kemesraan Rose dan Redza pada hari terakhir penggambaran mereka di aplikasi TikTok.

Tak cukup dengan itu, Redza pernah memanggil Rose dengan panggilan ‘baby’ ketika siaran langsung di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya