Buat doa selamat untuk anak solehah, Ernie terima kejutan - Utusan Malaysia

Buat doa selamat untuk anak solehah, Ernie terima kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa syukur, majlis doa selamat buat cahaya mata yang bakal lahir pada Mac depan berjalan dengan lancar, semalam.

Isteri kepada penyanyi Syamel memuat naik status itu di akaun Instagramnya selain berkongsi beberapa keping gambar ketika majlis tersebut.

“Syukur Alhamdulillah. Berkesempatan untuk buat doa selamat untuk anak solehah. Tak sangka ada sekali baby shower untuk kita.

“Terima kasih shurami (suami gelaran manja) buat kejutan untuk kita. Rasa macam hari ulang tahun pula.

“Sweet sangat pula BangMel ini. Alhamdulillah, doakan semoga selamat segalanya, perkenankanlah,” tulis penyanyi lagu Ku Bersuara itu.

Sementara itu, Syamel tidak ketinggalan menitip coretan di akaun IG-nya.

“Bidadari syurga. Semoga doa yang baik-baik mengiringi diri mu selamanya bumil ku (gelaran isterinya). Berkesempatan buat kejutan baby shower dan doa selamat,” ujar Syamel ringkas.

Untuk rekod, Syamel dan Ernie berkahwin pada 26 Mac 2021 dan bertunang pada Ogos 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya