Assalamualaikum Muhammad Bilal bin Muhammad Haris -Neelofa. - Utusan Malaysia

Assalamualaikum Muhammad Bilal bin Muhammad Haris -Neelofa.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Neelofa tampil berkongsi nama anakanda sulungnya yang diberi nama Muhammad Bilal, di entri Instagram.

Perkara tersebut dikongsikan bekas pengacara rancangan MeleTop itu di Instastory miliknya, sebentar tadi.

“Assalamualaikum, Muhammad Bilal bin Muhammad Haris,” coretnya ringkas.

Perkongsiannya tersebut secara tidak langsung memaklumkan dirinya selamat melahirkan cahaya mata sulung, yang sebelum ini menjadi tanda tanya warganet mengenai tarikh kelahiran bayi mereka.

Dia juga ada mengimbas kembali gambarnya sewaktu bayi, menerusi satu gambar yang dimuat naiknya di platform yang sama.

“Ini mommy Bilal,” tulisnya.

Sebelum ini, suaminya, Muhammad Haris Ismail atau PU Haris memaklumkan Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki, jam 3.44 petang, pada tanggal 29 Januari 2021.

Kemudian, dia turut menitipkan rasa kesyukuran apabila segala urusan berjalan lancar selain menzahirkan penghargaan buat semua yang mendoakan baik-baik buat mereka.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu, di hotel terkemuka di ibu kota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya