Semoga kuat, Adibah Noor! - Utusan Malaysia

Semoga kuat, Adibah Noor!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jumaat lalu, kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang bintang seni, Gmie Screen yang meninggal dunia selepas bertahun lamanya menanggung derita sakit buah pinggang.

Lantas, garis masa media sosial Poklip dipenuhi dengan ucapan takziah daripada rakan artis yang turut bersedih dengan berita itu. Tetapi paling menangkap jiwa Poklip adalah betapa ramai yang sayang dengan Allahyarham.

Poklip sendiri pernah beberapa kali bertemu Allahyarham Gmie dan seperti yang disebut-sebut ramai, dia memang sangat merendah diri serta baik orangnya. Sentiasa tersenyum dan suka berjenaka.

Maka kehilangan anak seni itu cukup dirasai. Ayuh kita sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Dalam masa yang sama, penyanyi bersuara emas, Adibah Noor juga berkongsi kucing kesayangannya, Bobby juga sudah tiada. Rata-rata peminat memberi kata semangat dan takziah atas kehilangannya.

Poklip juga mendoakan agar Adibah kuat untuk terus menjalani kehidupan. Bak kata orang, jiwa pencinta haiwan seperti Adibah ini lain macam. Tentunya dia amat terkesan dan sedih atas pemergian Bobby.

Malah ada peminat yang risau dengan emosi Adibah untuk konsert Gegar Vaganza minggu ini. Pasti sukar sekali tetapi Poklip percaya, Adibah seorang yang profesional dan mampu memberikan yang terbaik.

Sebenarnya, pemergian sama asa manusia atau haiwan tetap ada nilai kasih sayangnya. Kita sama-sama merasa kesedihan dan kehilangan mereka yang sentiasa ada untuk kita.

Memetik kata-kata Adibah, Bobby hadir ketika dia jatuh tersungkur 15 tahun yang lalu. Pastinya, Bobby meninggalkan satu memori yang akan kekal dalam hatinya. Semoga kuat, Kak Dibah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya