INI pengalaman teman Poklip.
Sungguh berkecil hati dengan sikap seorang pengarah ketika majlis
pelancaran lemnya baru-baru ini. Kalau nak kata sudah menang berpuluh anugerah, macam tak pernah dengar sahaja kan.
Kisahnya, si polan itu ada menghadiri majlis pelancaran sebuah filem baharu. Ramai juga rakan media hadir. Lebih-lebih lagi, filem ini memang menggunung harapannya.
Jadi ramai yang mahu menonton. Usai tayangan, seperti biasa ada sesi sidang media bersama
para pelakon dan produksi. Sesi itu berlangsung santai dan tenang. Tidak ada pula pengarah itu
menunjukkan perangai.
Namun, tidak semuanya manis belaka. Teman Poklip ini ada meminta kebenaran pengarah tersebut untuk ditemu bual. Bukan untuk jawab kontroversi pun, untuk mempromosikan filem sendiri.
Yalah, memang tugas kita jadi tukang promo. Namun jawapan si pengarah itu buat mata teman Poklip terbeliak.
Bayangkan, tanpa memandang wajah teman Poklip, si pengarah itu menolak untuk ditemu bual dengan alasan; “Maaf, tak ada moodlah.”
Oh wow! Hebatnya kamu. Begitu sahaja kamu berjalan terus tanpa
berpaling. Meninggalkan teman Poklip yang menunggu giliran temu bual berjam lamanya.
Tetapi yang buat tambah sakit hati, elok sahaja pengarah itu berborak, bergelak tawa dengan
teman-temannya. Eh! Bukan tadi tak ada mood ke? Kita cuba husnuzon, mungkin dia mahukan lawak jenaka dahulu untuk buang jauh moody dia.
Tetapi maaf, teman Poklip tadi angkut kamera dan pulang sahaja. Tak kuasalah nak layan!