KUALA LUMPUR : Penyanyi kelahiran Indonesia, Siti Badriah, dan suaminya, Krisjiana Baharudin masing-masing nyata tidak sabar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
Mengaku sudah mempersiapkan nama anak, penyanyi yang popular dengan lagu Lagi Syantik itu tidak menolak berasa teruja menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga kecilnya itu.
“Kami belum tahu apakah jantina anak ini perempuan atau lelaki. Tetapi, sebagai persediaan, kami berdua telah pun mempunyai nama pilihan untuk anak ini. Baik nama perempuan dan lelaki.
“Jujurnya, kami berdua pun sangat-sangat tidak sabar untuk melihat bayi ini lahir. Kami pun tak sabar nak tahu apakah jantinanya, cuma harus bersabar sedikit sehinggalah majlis pendedahan jantina yang akan dibuat tak lama lagi,”katanya.
Sementara itu, Badriah dan suaminya juga mengaku tidak kisah mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan itu kerana menganggap asalkan sempurna dan sihat, itu sudah mencukupi.
“Tak kisah apa pun (jantina). Disebabkan tak tahu jantina, kami berdua juga masih belum membeli barangan keperluan bayi ini. Kalau sudah tahu nanti barulah akan disediakan barang-barangnya.
Selain itu, berkongsi mengenai pengalamannya semasa kehamilan, Badriah yang kini sarat mengandung enam bulan menganggap dia amat bersyukur dan teruja dengan setiap perkembangan kandungannya.
“Paling saya seronok, bila sudah masuk usia enam bulan ini, bayi dalma kandungan sudah pandai menendang-nendang dalam perut. Itu antara momen yang saya suka.
“Sepanjang hamil juga saya rasa belum pernah lagi mengidam hal-hal yang aneh dan jarang juga menyusahkan suami,” katanya.
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Julai 2019.