Kakitangan terkesan banjir, Tya Ariffin turun padang salur sumbangan - Utusan Malaysia

Kakitangan terkesan banjir, Tya Ariffin turun padang salur sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan usahawan terkemuka kelahiran Indonesia, Tya Arifin dilihat tidak terkecuali turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Menurut Tya, dia dan suaminya, Asyraf Khalid nekad meredah banjir yang melanda di beberapa kawasan sekitar lembah Klang selepas mendapati empat kakitangannya yang berkhidmat di bawah Empayar Mutyara difahamkan turut terjejas dek bencana tersebut.

“Niat Tya dan Asyraf hadir adalah untuk menghulurkan sumbangan kepada para pekerja Mutyara serta keluarga mereka yang terkesan. Selain bantuan makanan dan keperluan asas, sumbangan wang ringgit juga turut Tya salurkan kepada mereka,” katanya.

Biarpun bergenang air mata melihat kondisi kediaman mangsa, namun menantu penyanyi nombor satu negara ini khabarnya tidak terlepas menzahirkan pertolongan buat mereka menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Cahaya Mutyara yang digerakkannya beberapa bulan yang lalu.

“Ini merupakan tanggungjawab Tya meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Tya dan pekerja-pekerja di Wisma Mutyara ibarat isi dengan kuku. Kami hidup seperti keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang masing-masing.

“Niat Tya dan Asyraf wujudkan program Cahaya Mutyara adalah untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten dan menyeluruh. InsyaAllah, Tya harap sumbangan ikhlas ini mampu mengukir senyum di wajah mereka,”katanya lagi.

Selain itu, memahami kesulitan mangsa yang terkesan di beberapa buah negeri rentetan bencana itu, Tya juga menawarkan diri untuk sentiasa ke hadapan bersama pihak berkuasa andai musibah atau bencana seperti ini berlaku lagi.

Katanya, objektif utama Cahaya Mutyara adalah untuk memberi perhatian terhadap teras kemasyarakatan dan bantuan buat golongan yang kurang bernasib baik agar berjaya keluar daripada kepompong kesusahan.

Tambah Tya, dia amat berharap agar inisiatifnya membantu golongan yang memerlukan dapat diterima baik oleh orang ramai kerana ia merupakan amanah besar yang harus dipikul oleh dirinya dan suami.

Terdahulu, Tya memuat naik hantaran video “reels” di laman Instagram miliknya sambil memperlihatkan keadaan sebenar kediaman kakitangannya yang musnah akibat musibah banjir.

Malah, meninjau ke ruangan komen, majoriti pengikut adik ipar pelakon Izara Aishah ini nyata menitip respon positif terhadap tindakannya yang pantas mengelolakan pemberian bantuan terhadap insan yang memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya