PETALING JAYA: Penyanyi, Zizi Kirana meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menghubungi kembali bapa kandungnya yang sekian lama terpisah sejak dia berusia tiga tahun. Zizi, 36, berkongsi pengalaman itu ketika tampil menerusi sesi Instagram Live bertajuk Rahsia Dia: Jodoh dan Ketentuan anjuran Nurflix.tv baru-baru ini. Katanya, penyatuan semula dia dan bapanya berlaku sewaktu pernikahannya bersama pelakon, Yusuh Bahrin, yang berlangsung pada 19 September lalu. “Ibu dan bapa bercerai dan kami tidak berjumpa lagi sejak usia saya tiga tahun. Dalam usaha mencari wali, termasuk untuk mengiklan mengenainya di akhbar, Allah SWT mempermudahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya