Wany Hasrita menghitung hari? - Utusan Malaysia

Wany Hasrita menghitung hari?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bersemut Instagram Poklip apabila kebelakangan ini ramai selebriti yang berkongsi gambar-gambar kemesraan dengan pasangan masing-masing. Masakan tidak, Neelofa turut berkongsi video manja dengan suami, Haris Ismail tau. Memang romantis lah.

Malah, ramai juga yang suka melihat pasangan pengantin baharu, Zizi Kirana dan Yusof Bahrin. Ala manis-manis belaka. Sebab itulah ‘bersemut’ Instagram kita kan sekarang. Pasangan penyanyi, Sheryl Shazwanie dan Azzam Sham juga sudah mengikat tali pertunangan.

Alhamdulillah, gembira Poklip melihat perkongsian romantis itu. Tetapi dalam pada sedang berborak tentang semut-semut dengan rakan Poklip, ada dakwaan baharu yang disampaikan. Dengar cerita, Wany Hasrita pun sedang menghitung hari. Betul ke?

Bukan untuk melancarkan single atau album baharu, tetapi dengar khabar mahu naik pelamin. Amboi! Seronok Poklip dengar dakwaan tersebut. Kita pun sedia maklum, Wany ini memang jarang dikaitkan dengan kisah cinta jadi kalau betul mahu kahwin, wowlah!

Tetapi Wany dalam kenyataannya baru-baru ini menafikan. Cuma bila menjawab soalan itu, dia menyebut pejabat agama penuh. Maka, berduyunlah perisik tidak bertauliah mula beranggapan Wany dan pasangan sedang memilih tarikh sesuai.

Kalau tak, macam mana tahu pejabat agama sentiasa penuh? Tapi mungkin juga ada yang memaklumkan Wany kan. Yalah, kita borak-borak santai sesama rakan. Kadang isu pejabat agama penuh pun boleh jadi topik perbualan. Tak gitu?

Kalau benar dakwaan tersebut, Poklip doakan agar urusan Wany dipermudahkan. Tak perlu sorok-sorok berita baik. Zaman sekarang wartawan dah tak kejar sangat cerita kahwin sorok-sorok ini. Esok lusa, muat naik di Instagram juga kan.

Senang cerita, bak kata seorang teman media Poklip. Kalau ada artis yang masih berangan diva, kita perlahan-lahan lupakan sahaja. Susah sangat mahu bagi kenyataan. Kita layan mereka yang tahu menghargai rakan media. Mudah bukan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya