KUALA LUMPUR : Pelakon, Raja Afiq, mengaku dia sudah meminta klien untuk memberikan video yang lebih sopan namun pihak tersebut mendakwa tidak mempunyai bahan video lain untuk tujuan promosi di media sosial.
Terpaksa berdepan dengan kecaman dan kutukan warganet,pelakon ini bagaimanapun tidak mahu terlalu mengambil peduli dengan apa yang diperkatakan meski sedar paparan video promosi atau rebiu produk di Instagramnya pada hari ini agak keterlaluan dan tidak senonoh.
“Kalau saya nak beri penjelasan atau terangkan kepada netizen, mereka pun tak akan faham. Kalau nak tahu,saya sebenarnya dah banyak kali tolak permintaan rebiu sebegini.
“Tapi pihak produk itu tetap juga memujuk saya, tetap hubungi dan mesej supaya saya buat juga rebiu. Saya pula enis tak sampai hati.
“Niat saya nak menolong peniaga online. Buat rebiu di Instagram pun salah satu sumber pendapatan saya. Tak akan saya nak tolak rezeki? Lagipun,saya dah minta video yang lebih elok tapi itu sahaja yang pihak mereka dapat berikan kepada saya,” katanya.
Terdahulu, perkongsian video yang memaparkan bahagian buah dada seorang wanita mengundang kecaman netizen yang menganggap ia keterlaluan dan tidak senonoh.
Malah, dek perkara itu, rata-rata netizen menganggap pelakon ini menerima bayaran dengan wang haram sehingga tergamak membantu mempromosi video seperti itu di media sosial.
Dalam pada itu, pelakon ini enggan melayan komen negatif memandangkan dia hanya melakukan kerja selepas menerima bayaran.
“Saya ada juga baca komen yang mengatakan saya ambil duit haram melalui reviu itu. Tapi siapa mereka nak tentukan duit itu haram atau halal?
“Ikutkan saya memang malas nak baca komen-komen netizen. Bukannya saya mencuri… saya hanya menjalankan tanggungjawab orang bayar untuk promosikan barang.
“Saya pun mencari rezeki untuk keluarga. Apa-apa pun, harap semua orang doa yang baik-baik sahaja,” ujarnya.