KUALA LUMPUR: “Saya hanya ambil berat tentang awak,”.
Itu kapsyen ringkas ‘bersemut’ penyanyi dan komposer Yonnyboii pada perkongsian hantaran gambar buat pertama kalinya bersama kekasih hati.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Salahku itu juga menggelar buah hati pengarang jantungnya sebagai Mi Angel diiringi emoji ikon cincin.
Menjengah di ruangan komen, majoriti peminat dan pengikut serta rakan artis memberikan pelbagai reaksi gembira.
“Semoga cepat kahwin Yonnyboii,” komen penyanyi Fareez Fauzi.
Sementara itu pelakon dan pelawak, Achey memberi dorongan secara terbuka.
“Jalan terus,” katanya sambil dibalas oleh Yonnyboii pasti.