Almy Nadia tak rela anak jadi 'bahan ujikaji' - Utusan Malaysia

Almy Nadia tak rela anak jadi ‘bahan ujikaji’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Almy Nadia, 35, berpandangan tegas bahawa anak-anak kecil tidak seharusnya diwajibkan untuk menerima suntikan vaksin meksi sedar ia adalah usaha kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19.

Menurut Almy, dia dan keluarga bukanlah tergolong dalam kelompok antivaksin namun dari sudut kemanusiaan, imunisasi anak-anak kecil dilihat masih belum kuat untuk menahan kekuatan vaksin di dalam tubuh badan.

“Wahai kerajaan. Anak-anak saya bukan bahan ujikaji anda semua ya. Tolong ambil perhatian. Cukup kami yang dewasa ini kena vaksin pun sakit. Ya, tahu, mesti dos kurang untuk golongan kanak-kanak tetapi ia masih sakit.

“Kerajaan cakap, 5 tahun hingga 11 tahun bahan ujikaji. Apa? Maaf, saya emosi bab-bab begini. Anak-anak saya bukan bahan ujikaji anda wahai kerajaan,”katanya.

Almy berkata demikian dalam satu hantaran Instagram semalam bagi mengulas mengenai cadangan kerajaan untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada golongan kanak-kanak.

Perkara itu telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin semalam yang memaklumkan kerajaan sedang berusaha untuk memperoleh vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun selain mempertimbangkan vaksin Sinovac.

Tambah Almy lagi, sebagai ibu bapa, dia tidak mahu seandainya berlaku perkara yang tidak diingini sekiranya suntikan vaksin itu diwajibkan kepada anak-anak.

“Sebagai seorang ibu yang melahirkan anak-anak, maaf, saya tidak akan benarkan anak-anak saya jadi bahan ujikaji. Jika terjadi benda yang tidak diingini, adakah kerajaa akan bertanggungjawab? Pastinya tidak. Anda semua tolong ambil perhatian,”katanya.

Selain itu, jelas Almy, kesemua anak-anaknya telah mendapatkan suntikan vaksin sejak dari bayi sehingga berusia 2 tahun.

“Sekarang pun, kami ambil ekstra vaksin lagi, Influenza lah, macam-macam lagi untuk kuatkan antibodi anak-anak kami. Tetapi kami tak akan benarkan kerajaan jadikan anak-anak kami sebagai bahan ujikaji.

“Saya bukan antivaksin. Saya ibu mengandung yang sudah cukup dua dos vaksin pfizer sejak awal bulan Ogos. Jadi, saya tahu, sakitnya macam mana,”katanya.

Terdahulu, suaminya, Datuk Fizz Fairuz juga telah melahirkan pandangan yang serupa menerusi akaun Instagramnya selain mengharapkan agar kerajaan mempertimbangkan semula perkara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya